Wednesday 19 December 2012

Tiada tajuk.

Assalamualaikum wbt. Bagaimana khabar iman? Bagaimana khabar hati? Bagaimana khabar diri? Harap semuanya berada dalam sihat wal afiat. Sobahul kheir. Pepagi mak jemah dah membebel. Hahah.

Sejak akhir-akhir ni banyak buat silap. Huhu. Kenapakah ini berlaku? *jerit ala-ala nak lepas geram* Ahaks. Nak salah kan keadaan buat apa. Tu. Diri sendiri tu tanya dulu kenapa sampai jadi macam tu? Dah cukup baik ke nak salahkan orang lain sedangkan kita pun bersalah jugak kan. Tepuk dada tanya iman.

Sebenarnya tak de idea pun nak tulis apa. Cuma perasaan nak menulis, nak bercerita, nak meluahkan tu membuak-buak. Hahah !
Final exam dah nak dekat. Satu hape pun tak study lagi. Teruk betul.
Camna nak dapat pointer tinggi kalau macam ni lah gayanya. Haish. Bangun lah Siti Fathimah. *sat lagi ada orang komen, ang nak bangun kan diri ang tapi pi tulis kat blog. Macam lah blog ang boleh bangunkan ang*
Hahah. Sukati aku lah, blog aku. Opss. Bahasa kasar pulok. 
Tapi ni sebenarnya sebagai salah satu motivation. Motivation tu datangnya dari motive+action. Motif dan tindakan. Jadi motif saya menulis untuk mendatang kan semangat dan insyaAllah akan bertindak mengikut apa yang saya hasratkan. *cewahhh*. Falsafah pagi. Tetttt.. 

Rasa nak tulis lagi. Tapii...........................
Tak tahu nak tulis apa. Huhu. Kuliah untuk sem ni dah khalas. Cuma jumaat ni je ada lagi satu kelas. Prep 2. 
Ok lah. Semoga jumpa lagi di lain entry. Apa-apa rasa jangan simpan dalam hati. Hehe.

Jaga iman jaga hati,
Jaga diri hiasi peribadi.

Salam sayang dari Srikandi Solehah. 

Wednesday 12 December 2012

12.12.12

Assalamualaikum. Sobahul khair. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk hidup. Pernah tanya diri kenapa aku hidup lagi? Jawapan yangg sepatutnya kita beri pada diri ialah sebab kita masih banyak dosa. Allah beri peluang untuk kita bertaubat, mohon ampun kepadaNYA.

12.12.12. Apa yang special sangat dengan tarikh ni? Mungkin ada yang akan bernikah, membuat walimah, melamar seseorang ke kan. Tetttttt.. Bab melamar tu tak boleh blah. Ok. Apa pun yang kita nak buat hari ni. Pastikan semuanya adalah kerana Allah. Bukan hari ni je, hari-hari lain pun kena. Hehe. Apa yang kita buat pada hari ni pastikan ianya tidak mengundang marah ALLAH. Tetiba terasa sayu terfikir mungkin ada sesetengah individu akan menggunakan tarikh ni untuk meluangkan sepanjang hari bersama kekasih tidak halal. Sebak rasa kalau ada antara sahabat-sahabat saya yang ingin melakukan sedemikian. Jadi kita gunakan hari-hari kita untuk kita dekatkan diri pada ALLAH. Niatkan semua yang kita lakukan kerana ALLAH. Tapi jangan lah sampai buat ni macam ni " Aku pergi dating dengan girl friend/boy friend aku kerana ALLAH". Yang haram tetap haram. Buat apa pilih yang haram sedangkan yang halal itu lebih banyak kebaikannya. Think!

Sampai sini je bebelan mak jemah.Hihi. Semoga bertemu lagi di lain entry. InsyaAllah. Last from mak jemah. Keampunan ALLAH itu sangat besar, sebesar apa pun dosa yang kita lakukan, mohon lah keampunan kepada ALLAH, bertaubat dengan sebetul-betul taubat. Yang penting taubat dengan hati yang ikhlas. Tak usah nak fikir apa orang kata. Biaq pi lah depa. Salam sayang, salam rindu. Cewahh. Ahaks. Jaga hati, jaga diri, jaga iman, hiasi peribadi. Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum :)


Monday 10 December 2012

Rilex lok =)

Assalamualaikum wbt. Apa khabar iman? Apa khabar diri? Apa khabar hati? Cuba cek sat. Sihat ke tidak ke. Atau dah tenat. Uhuk,uhuk. Sila charge iman anda sekiranya semakin low *peringatan buat saya dan kamu* Jangan biar hati kita kosong, menerawang entah ke mana. Bila rasa dah jauh terbang melayang, cepat-cepat istighfar. Sejak akhir-akhir ini selalu sangat fikiran terbang melayang entah ke mana. Tak tahu lah mengapa. Kena buat sesuatu ni. Harus. Ehh,,bukan harus. Tapi WAJIB!!!

Okay. Sebenarnya now tengah buat assignment method. Huhu.. 12 pages tu. Dah siap 10. Ada lagi 2 page. Nak fikir ayat untuk 2 lagi page ni,,mak aihh. Poning palo den. Dah penat buat kita rilex lok. Hehehe. Bila dah rehat ni apa lagi lah yang di bukak kan melainkan FB dan Twitter. Hihu. Saja cuti-cuci mata. And again I  found another beautiful abaya from Butik Abaya Tini. Check this out!

Cantik kan. Haha. Dah 2 abaya berkenan dari butik ni. Tapi nak beli belum mampu lagi. InsyaAllah dah kerja nanti ada lah rezeki kan. Ok. Nak cerita ni je. Saja update sebab penat buat assignment. Huhu. Ok. Nak sambung buat assignment ni. Semoga jumpa lagi. Tata.

Monday 3 December 2012

Clean up all things.

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar? Iman sihat? Iman meningkat dan menurun itu biasa buat kita yang hidup di zaman yang penuh dengan mehnah. Wohoiii. Lama gilak kamek sik update blog tok nak. Last update bulan 7 hari ya. Now, dah Disember nak. 5 bulan wooo. Kalau rumah ni dah bersarang dah ni. Haha.  *klaka srawak kali tok*. Haha. Blaja tempat orang nak kenak la blaja klaka nya. Mun sik blaja, kamek orang juak yang rugi nak.

Punya lah lama tak hapdate blog and now I am at the end of my third semester u. Dari awal sem langsung tak hapdate blog. Haha. Kebusyan, kemalasan dan ketiadaan keceritaan. Haha. Ok. Final exam dah nak start bulan Januari nanti. Saya KENA naikkan pointer. GPA sem 3 at least saya kena dapatkan 3.5. Mohon awak-awak yang baca entry kita ni tolong doakan kite eah. Kita nak join program R.M.I.T. Tak tahu lah apa nama penuh program ni tapi dia mcam program exchange student lah. Ke Melbourne u. Doakan kite tau. Masyeh :)

Ok lah. Perut dah kriuk kriuk mintak di isi. Next time kite jumpa lagi eah. Papai. Assalamualaikum :)

Sunday 8 July 2012

Cuti ke??

Assalamualaikum wbt...Apa khabar? iman? sihat? harap-harap semakin meningkat.. Pejam-pejam celik-celik dah pun nak masuk bulan Ramadhan kan..Hmm..dah bersedia ke nak sambut Ramdhan? Dah habis ganti puasa? Moga sudah selesai bayar hutang ye.. cepat betul masa berlalu.. Dan kini saya pun sedang bercuti semester sampai lah bulan 9 nanti.. Lama tak,lama tak?? hehe..saje je nak bagi korang-korang jeles.. Lama saya tak update blog kan.. Hmm..bila dah cuti ni kerajinan nak mengupdate blog ni berkurang..haha..Maklum lah..cuti kan..jari-jari pun bercuti lah sekejap kan..

Tapi cuti lah sangat saya ni.. FYI,, saya sedang bekerja. Ermm..jangan salah faham. Waktu ketuk keyboard ni waktu free lah. Waktu saya kerja siang, jadi malam ni cuba lah nak update apa-apa cerita kan. Mana lah tahu kot-kot ada yang rindu saya ke kan. Hikhik. Bekerja sebagai pengasuh taska di Bandar Baru Uda. Seronok bila bekerja dengan budak-budak. Hihi. Dapat cium baby setiap hari :)

Alhamdulillah dah 2 minggu bekerja. Banyak betul cabarannya. Minggu pertama saya hanya bekerja di bahagian dalam, menjaga kanak-kanak yang berumur 2 tahun sehingga 5 tahun lah lebih kurang. Tapi susah jugak sebab pagi-pagi tu nak keluarkan baju-baju diorang, botol susu nak di susun semua, mandikan, bagi makan, buatkan susu untuk 25 orang kanak-kanak..Fuhhh.. *lap peluh* Berganding dengan seorang lagi 'teacher' *kat sini pengasuh semua dipanggil teacher* untuk melayan kerenah kanak-kanak yang macam-macam ragam. Alhamdulillah dah boleh ingat semua nama kanak-kanak tu..Heee..suka,suka,suka.

Masuk minggu ke 2 kena buat semua kerja. Ada 5 kerja. Rotate setiap hari untuk 5 orang pengasuh. Transit,   bahagian dalam (mandikan dan buatkan susu), masak dan jaga baby. Perkara paling lemah bila nak kena masak untuk semua orang kat situ termasuk lah pengasuh, cikgu tadika, murid-murid sekolah rendah, semua orang lah. Tak pernah pernah nak masak nasi 20 cup. Kat sini kena masak 20 cup. nasib baik pakai periuk elektrik. Turn saya masak hari rabu. Nak kata tak pandai masak tu tak lah jugak. Boleh masak. Tapi selalunya masak untuk family, berapa ramai sangat lah kan. Ni nak masak untuk berpuluh-puluh orang *pengsan*. Tak pelah, pengalaman kan..Dapat jugak practice nak jadi ummi nanti..heheheh..berangan lah pulok..Tapi Alhamdulillah dikurniakan sahabat-sahabat yang rajin sangat membantu. Banyak sangat yang diorang tolong. Hanya Allah yang mampu membalas segalanya. Ahad nanti ada sukan. Tak sabar nak tengok..hehe..mengimbas kenangan waktu tadika dulu. Ok lah. Sampai sini sahaja, ada masa kita jumpa lagi ok. Selamat menyambut Ramadhan. Ambail peluang tingkatkan iman dan amal. Basah lidah dengan zikrullah. Jumpa lagi nanti ye.

Friday 1 June 2012

:'(

Sila abaikan post ini kalau anda tak hingin nak baca. Saya suka luahkan apa yang saya rasa. Jadi kalau rasa tak suka. sila lah keluar..
Saya sedih :'(
Tapi saya kena jadi kuat. Allah sayang saya sebab tu dia bagi ujian. Baru sikit ujian DIA bagi kita dah rasa -lemah. Jangan lemah-lemah wahai diri. Jangan lemah-lemah wahai hati.. ALLAH tahu kau kuat Siti Fathimah sebab tu DIA uji. Saya nak mak saya,, tapi saya tak de kredit..Duhh..time-time mcm ni lah kredit nak tak ade pulak..Ya Allah..sedihnya...rasa nak nangis kuat-kuat..Tapi hanya mampu nangis dalam hati sambil air mata menitis-nitis..Manusia berpegang pada janji..kalau rasa tak nak tu cakaplah awal-awal.. Dah saat akhir baru nak cakap tak jadi. Awal-awal jangan bagi harapan pada orang. Tak rasa ke kau dah susahkan orang tu. Soalnye orang tu dah berjanji dengan orang lain..tiba-tiba nak tarik diri macam tu je..ALLAH...Kalau ada sapa-sapa yang baca post ni,,sila dan tolong lah jangan suka-suka buat andaian sendiri tentang apa yang saya tulis ni. Anda tidak berada di tempat saya, dan anda tidak tahu apa yang saya cuba sampaikan. Hanya saya dan ALLAH sahaja yang mengetahui...ok dah..habis cerita..maaf kalau ada salah.

Jatuh Cinta :)

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar iman? Harap meningkat lah ye..Kita manusia, iman meningkat kadangkala menurun. Sudah masuk bulan Rejab kan. Cepat sungguh masa berlalu. Saya pun sudah hampir habis semester 2. Sekejap kan. Apa agaknya yang kita dah buat ya selama ini? Sumbangan kita pada agama, keluarga dan terutama pada diri kita sendiri. Adakah kita beri diri kita apa yang sepatutnya diri kita perlukan? Makanan jasmani sudah tentunya pasti diberi. Bagaimana dengan rohani? Dibiarkan lapar dan dahaga tanpa ada sajian? Tepuk dada tanya iman :)

Ok. Habis dah muqadimah. Masuk topik kita ye. Kalau ikut tajuk, Jatuh Cinta. Hmm..Tajuk yang biasa untuk belia remaja macam saya. Hehehe. Jatuh cinta dengan siapa ye? Dengan tok imam? Dengan imam muda? Dengan kawan sendiri? Hahahaha...Tergelak ku kalau jawapan kawan-kawan adalah seperti tu. Pernah jatuh cinta, namun dibukakan mata oleh ALLAH melalui seseorang, tak perlu lah bercinta andai belum tiba masanya. Jodoh sudah tertulis sejak awal lagi. Yang perlu kita lakukan ialah menyiapkan diri dengan pelbagai persediaan. Contoh persediaan? Banyak sangat kot contoh nya, tak payah bagitahu pun sahabat-sahabat dah boleh tahu kan, Yang penting agama mesti ada. Sahabat saya pesan kalau rasa nak nikah sangat, buat solat taubat banyak-banyak, solat istikharah banyak-banyak, doa pada Allah, andai diri kita sudah betul-betul bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri, temukanlah dengan jodoh kita dalam keadaan yang baik dan dikurniakan jodoh yang baik dari segi agamanya, akhlaknya. Amin. Nak share something tentang ciri-ciri zauj impian saya. Hehehe. Si dia mesti ada agama, boleh jadi imam, boleh baca al-Quran, tahu tanggungjawab sebagai suami. Kalau fizikal pula saya berharap dapat tinggi dari saya, extra mark kalau ada janggut, dan tak merokok. Hehehe..Berangan pulak aku ni. Sila belajar dulu ye Siti Fathimah.

Ehhh,,lari dari topik lah. Tampar sikit pipi *pang,pang* Ok. Dah sedar balik. Sebenarnya saya nak cakap yang saya jatuh cinta dengan lagu Nilai CintaMU dari Intrack UNIMAS. Ok. UNIMAS..bagi besar sikit UNIMAS tu..hehehe..Dengar lagu ni waktu sambutan Israk Mikraj peringkat UNIMAS. Lepas dengar ceramah tentang Israk Mikraj, sebelum sesi dialog, ada persembahan nasyid dari Damai. Jatuh cinta dengan lagu Nilai CintaMU. Try cari kat you tube, yeay, ada lagu ni. Terus lah download. Yang dikatakan jatuh cinta dengan lagu ni bukan kerana suara yang mendayu, tapi bait-bait lirik lagu tersebut yang buat hati tersentuh. Tapi suara yang mendayu dayu tu penyumbang jugak kepada jatuh cinta ni,sikit lah. Hehe..Jom layan lagu ni kejap.


Hayati lirik lagu ni:

Ya Rahman cintaMu, ya Rahim
Pabila waktu berlalu pergi
Terasa nilai amat berharga
Melambai senja yang melabuhkan
Tirai sang malam yang menanti

Aku hambaMU mengharap rahmat 
Terasa nilai limpah kurniaan
KasihMu Tuhan menyentuh hati ini
Tiada layak ku menerimanya

Tuhan sesungguhnya hambaMU yang lemah ini
Mengharap cahaya cinta keredhaanMU
Jangan dibiarkan jiwaku ini gersang dari hidayahMU
Hilangnya nilai cintaMU

Tuhan sesungguhnya ku mengharapkan cintaMU
Jua cinta hamba yang menyaintaiMU..

Bait-bait irik yang membawa erti bahawa tiada cinta lain melainkan cinta kepada ALLAH, Rasulullah. Tiada lain yang diharapkan melainkan cinta Allah dan orang-orang yg mencintai ALLAH. InsyaAllah.
Sampai sini sahaja. Jumpa lagi lain hari. InsyaAllah. Salah silap harap dimaafi.


Monday 28 May 2012

Saya nak ni...

Assalamualaikum...lama dah tak update blog kan..hmm..tapi hari ni bukan nak share tentang kehidupan saya..tapi saya nak share tentang apa yang saya nak..

While facebooking,,suddenly found this really nice,beautiful,elegant Fulla Dress from Butik Abaya Tini..Aaahhhh...i want this..Check this out

Naiss kan...Hmmm...Siapa lah yang nak hadiahkan saya dress ni...Sangat cantik..Nak beli sendiri memang tak lah kan..Kena lah tunggu den kayo dulu..Huhu...But, i really really really really want this dress...Huhu..
Tak apa lah..Kalau ada rezeki nanti..insyaAllah..

Ok..sampai sini sahaja..Saja je nak bagitau pasal dress ni..manalah tahu kot ada prince charming atau individu-individu yang tertentu yang baik hati nak bagi *berangan*..Hihi..Ok...Got to go..

Sunday 29 April 2012

Perasaan itu hadir lagi..

Assalamualaikum..
Rajin pulak jari ku mengetuk papan kekunci malam ni..huhu..Macam tak ada kerja lain nak buat kan..haha..
Esok presentation komunikasi..Have to present in english..Hah..mampu ke daku nak membentang dalam english ni?? Tepuk dada  tanya hati..Yakin kita mampu buat :)

Perasaan itu hadir lagi..Perasaan apa ye? Perasaan yang bercampur baur..Tak tahu lah nak digambarkan macam mana..Rindu, sayu, sedih, gembira..semua jadi satu..
Rindu sangat pada keluarga..I wish doraemon really exist in this world..so that i can borrow 'pintu ke mana-mana' *yek eh* from it..Huh..berangan..fantasi je pun..

Seminggu dah habis..esok nak hari isnin dah..nanti kejap je dah hari jumaat balik..semangat sikit Siti Fathimah..Doa banyak-banyak..Kuatkan hati..jangan cengeng sangat!

Bila tengok ramai kawan-kawan bakal bernikah cuti semester ni rasa jealous pulak..huhu..Bila agaknya masa saya akan sampai ye..Yang saya tunggu bukan lah putera raja..tapi putera agama yang mampu membimbing saya ke  jalan ALLAH, tahu tanggungjawab sebagai seorang suami dan boleh terima saya dan keluarga saya..Amin..

Tapi mana satu yang kena pentingkan..mana satu yang patut kita kumpulkan..bekalan untuk kahwin muda atau MATI MUDA? Jeng,jeng,jeng...soalan cepu cemas..Ramai yang berfikir nak kahwin muda *termasuklah yang dok menaip nih*..tapi berapa ramai yang fikir nyawa yang akan ditarik ketika usia yang muda?  Sudah bersediakah kita? Cukup kah bekalan kita sewaktu ingin menghadap sang Khaliq? Allahuakbar..Peringatan ini buat saya terutamanya..huhu..

Buat semua yang membaca..Ayuh kita istighfar bersama..Setelah seharian menghadap laman sosial, pasti ada walau sedikit dosa yang terpalit..Allahuakbar..ayuh kita istighfar bersama sama..


Semoga Allah menerima taubat hamba-hambaNYA..Sekian dari saya..Aasif 'ala kulli hal :)

Saturday 28 April 2012

Sambung lagi :)

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger sekalian..Apa khabar iman? Harap sihat dan semakin meningkat lah ye..InsyaAllah..
Lama sudah tidak ku up date blog ini..Hehe..Nak curi masa untuk up date blog punyalah payah. Cuti di rumah dihabiskan dengan berjalan-jalan bersama keluarga tercinta. Siap pergi pantai lagi..Seronok..
Lepas habis cuti minggu yang terlalulalulalulalulalulalu sibuk. Nak submit assignment, test, presentation..haih,,banyak lah..Ni pun ada lagi assignment yang nak kena submit and ada 2 lagi presentation.. Cepat lah masa berlalu...Tak sabar nak cuti panjang ni..

Last week ada program dekat Rumah Amal Nur Iman. Rumah tu untuk anak-anak yatim..tapi ada jugak kanak-kanak yang ibu bapanya bercerai..Kira macam rumah kebajikan lah. Mula-mula sampai je rasa sebak dah. Tengok adik-adik yang kecil-kecil hidup bersama tanpa ibu bapa,  Allahuakbar..sayu sangat. Aktiviti hari tu pun tak banyak sangat sebab adik-adik tu pun ada program dekat luar. Jadi nak jimatkan masa kitorang buat sukaneka je dengan diorang. Bila nak habis program tu ada lah adik-adik ni buat persembahan khas untuk kami. Nasyid tentang ayah dan ibu, Rasulullah..Bila dengar je part dalam lagu tu "Wahai ayah dan ibu, dengarlah harapan anakmu" *lebih kurang lah* mengalir air mata tak henti...Allahuakbar..Betapa beruntungnya kita yang masih mempunyai ibu bapa lagi..Bersyukurlah, doakan lah ibu bapa kita setiap kali dalam solat..setiap masa lagi bagus..Jangan sia-siakan ibu bapa kita..Belajar elok-elok..Dapat kan keputusan cemerlang..Cemerlang dalam sahsiah..Kecemerlangan kita kebahagiaan ibu bapa kita..InsyaAllah..Gambar adik-adik tu belum ada pada saya..InsyaAllah bila dah dapat nanti saya akan upload ye..

Malam tadi ada Makan Malam & Kerjaya khusus untuk anak-anak Johor UNIMAS di The Banquet, Kuching..Bila tengok ramai anak-anak Johor berkumpul, semangat kenegerian tu tinggi pulak..haha...Gurau je..Tapi bila berkumandang je lagu negeri Johor tu, semangat nak nyanyi..Maklum lah dah lama tak nyanyi..Hehe.. Makanan nye jangan cakap lah..memang superb habis..lepas satu,satu keluar..dengan tom yam sea food nye, ikan talapia, udang goreng, sayur campur..perghhh..sedap yang teramat lah..Nak nak bila makan free,,memang tak bazirkan peluang yang ada..Huhu..Last sekali sesi bergambar ikut daerah..Paling ramai daerah Batu Pahat. Kota tinggi pun ramai gak. Yang dari Segamat berapa ketul no lah..haha..Next time kalau ada makan-makan free macam ni jangan lupa jemput saya lagi..Hihihi..

Ok lah...sampai sini sahaja dulu..Kalau ikutkan banyak lagi nak cerita..Tapi masa tak mengizinkan lah..InsyaAllah nanti bila-bila kita jumpa lagi ye...

Sebelum habis, ni gambar waktu pergi Tanjung Balau hari tu..Enjoy it :)

with my lovely mom <3

rasa tenang bila tengok pantai..tapi kawasan ni sesuai untuk family day je..bukan untuk mandi sebab tak berapa bersih sangat..huhu

with my mom again..abah tidur waktu ni..hehe..

~~ombak menghempas pantai~~

hah..special for u..saya tunggu awak ye..Sentiasa berdoa agar ada jodoh antara kita..amin :)
*siapa dia yang ditunggu? pemilik separuh hati saya lah..saya pun masih tak tahu siapa dia*



Tuesday 3 April 2012

I'm coming home :))))))

I'm coming home, i'm coming home..tell the world i'm coming home...lalalalala...
Heeeeeeeeeeeeee...
Tiada dapat ku ungkap dengan kata-kata...
Saya balik hari jumaat ni yeayyyyyyyyyy*scream like crazy*
Ok..Astaghfirullahal'azim Siti Fathimah..Kot ye pun excited tak perlu nak jerit jerit segala ye...

Hehe...Secara tak sengaja terbeli tiket..haha..sebenanye memang nak beli pun..tak rancang pun nak balik..tiba-tiba perasaan nak balik menjenguk di hati,,terus survey tiket..mula-mula hampa sebab tiket turun Senai RM338..Mahal Gilakkkk!..Tiket je tu..belum fuel charge,seat,payment charge lagi..Then survey ke KL pulak..tengok harga,,tekan kalkulator sikit..terus call abah,,abah kata on! weeeeeee...sangat lah happy..Tengah book tu tengok harga makin meningkat hingga RM60..Pelik bin ajaib betol..Recheck ropenye encik AirAsia ni pi letak saya kat hot seat..haih..memang nak carik untung betul!! aku yang rugi!! Reset seat amek seat biasa..dari RM30 satu seat terus jadi RM 7 satu seat...hahahaha...gila tak gila diorang kaut untung kan..Tak de beza pun seat ke hot seat..cume hot seat korang diberi advantage untuk naik dulu,,tak payah beratur panjang-panjang waktu nak masuk aircraft tu..

Ok..enough for today..doakan perjalanan saya selamat ye..Ohh haa..this time i paid by my own bank islam card..Visa actually..senang je ropenye..lepas ni dah tak payah nak suruh orang lain booking kan..


ok..selamat bercuti buat kawan-kawan degree semua ye..

Monday 2 April 2012

Teruskan Melangkah V

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar iman? Sihat? Makin meningkat atau makin berkurang? Teuk dada tanya iman. Kata sahabat saya tingkatkan keimanan dengan melihat kebesaran Allah, fikir tentang kebesaran Allah. Iman akan berkurang seandainya kita tak perjuangkan.

Alhamdulillah. Minggu ke 5 dan 6 berjaya diharungi. Bukan sengaja tak update blog,,tapi lebih kepada kemalasan dan kesuntukan masa..haha..Kesukaran terasa dalam minggu ni sebab semakin lama, makin dekat dengan due date nak hantar assignment and mid term test..Satu test dah lepas, yang lain semua lepas cuti pertengahan semester nanti. InsyaAllah..

"Jangan tunggu hari esok jika kita boleh buat hari ini"
Wahai diri, tolonglah berpegang pada prinsip ini ye! 2 minggu ni memang banyak sangat benda boleh dikaitkan dengan kata-kata kat atas tu. Harap lah diriku ini ambil pengajaran ye..Tapi kadang-kadang tu malas jugak nak gerak,,haih..Tak tahulah macam mana nak jadi produktif setiap hari. Haaa..Dimulakan dengan Bismillah,,disudahi dengan alhamdulillah..nyanyi lah sikit ye..Tiada cara lain melainkan memohon pertolongan Allah..Kita mulakan sesuatu dengan mengingati Allah dan Rasulullah, mohon restu dari ibu dan ayah..InsyaAllah kita akan tenang mengahdapi hari-hari kita. Setiap kali kita alpa ingatkan pada diri masa yang dah berlalu tak mungkin kita ulang semula. Masa itu nyawa, andai sudah tiada nyawa, kita tak boleh minta nyawa baru kan? Macam tu lah jugak masa,, pernah dengar tak masa itu emas? Maknanya masa itu sesuatu yang sngat berharga kan? Tapi zaman sekarang ni, kalau rantai emas atau gelang emas hilang. boleh beli baru kan? Jadi masa tu bukan emas lah, sebab masa yang dah hilang kita tak dapat nak beli balik semula kan?? Hehehe..

Ohh..hari sabtu haritu 31 Mac 2012 ada UNIMAS Berselawat..Kumupalan al-Mawlid, Marjan dan pelajar dari Madrasah al-Khairat datang untuk mengalunkan qasidah dan selawat. Sangat menyentuh hati..Tak mengantuk pun malam tu..Selalunya kalau lecture apa-apa pun pasti paling lama tahan pun 30 minit je..lepas tu dah mula la menguap je..hehe..Tapi malam tu sangat best sampaikan tak sedar dah nak habis majlis rupanya..Berharap program ni akan diadakan lagi..Biarkan UNIMAS terus berselawat..

Minggu 7 ni kelas sampai hari Khamis je. Hari Jumaat cuti sebab Good Friday..Tak tahu pun apa Good Friday ni..UNIMAS kasi cuti,,cuti lah kan..lepas tu cuti seminggu..Yeayyy..I need a break from everything..Errrr..tapi setiap minggu pun cuti aku ni..hahaha...So sad when all of my friends going back to semenanjung..huhuhu..sokey..Abah promise me to support my ticket for the semester break on June..Kakcik pegang kata-kata abah..hehe..Tak lama pun lagi kan..Sabar Siti Fathimah..

Hari ni 2 April..maknanya dah 2 bulan dia ke India..Lagi 2 bulan kena tunggu dia balik Malaysia..InsyaAllah..kalau Allah takdirkan awak untuk saya, saya akan tunggu awak..

Sampai sini dulu,,semoga berjumpa di lain masa..seandainya diizinkan Allah..Segala kesalahan dalam tatabahasa atau kata-kata harap di maafkan..Selamat menjalani kehidupan dengan lebih baik..Dan jadilah seorang mukmin yang produktif *ditujukan khas buat diri yang mengetuk papan kekuci ini*..hehe..

Friday 16 March 2012

Teruskan Melangkah IV

Assalamualaikum wbt..
Dah masuk siri yang ke-4. Maknanya dah selesai minggu ke-4 perkuliahan di Universiti Malaysia Sarawak atau nama glamour nya UNIMAS atau dalam bahasa Arab Ø¬Ø§Ù…عة Ø³Ø§Ø±Ø§ÙˆØ§Ùƒ Ù…اليزيا..
Ustazah Maliana yang ajar..


Dalam minggu ni, Alhamdulillah semuanya lancar. Banyak perkara yang dipelajari minggu ni, tapi kadang-kadang rasa tension belajar. Rasa macam ada something dekat dalam kepala yang nak pecah kalau saya tak dapat terima sesuatu perkara tu. Migrain. Selalu mengalaminya waktu belajar add maths waktu form 5 dulu..haha..Rindu pulak.


Enough. Back to my story for the 4th week. Pembentangan projek untuk PPD 1022 berjaya. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH atas kemudahan dan kelancaran yang telah Engkau berikan. Kumpulan 6 akan mewakili kelas kami untuk pembentangan peringkat UNIMAS. Tahniah korang. Zero To Hero memang terbaekkk! Walaupun kumpulan kami tidak dipilih untuk pembentangan peringkat UNIMAS, tapi kami tetap akan menjalankan program tu. Program apa? Tunggu dan lihat..hehe..


Waktu lab TMX, akak shidah ajar macam mana nak buat home page untuk web site kami nanti..Pening jugak bila belajar tapi tak dapat nak buat sendiri sebab belum install lagi Adobe Dreamweaver tu..Tapi sekarang dah install lah..hehe. Lepas habis kelas berbual kejap dengan kak Shidah..Dia memang orang Segamat pun *stalk fb dia..haha* dan, seperti yang dijangka dia memang kawan dengan along pun waktu sekolah dulu..haha..Tak memasal je ada kait mengait..Tak pe lah..Nanti nak balik Segamat kita naik satu flight ye akak..hihi..:D


Hari ni patut nya ada kelas Bahasa Arab. Dah sampai kelas tadi, ustazah Maliana masuk awal hari ni..Tapi masuk-masuk je kelas, Ustazah terus cakap, kelas batal ye hari ni. Dalam hati 'Ustazah ni main-main ke betul-betul ni? Macam tak percaya je kelas batal' Haha. Waktu tu macam terkejut, pelik pun ada. Agak hampa pun ada jugak. Selalunya bila dapat tau je kelas cancel, automatik bibirku ini akan menguntumkan sebuah senyuman (walaupun lecturer kat depan)..Tapi kali ni rasa macam lain macam..Blur..Tapi sekejap je rasa tu. Lepas tu terus call Afifah bagitau dia kelas batal. Untunglah awak tak siap lagi waktu tu..huhu.Terus jalan cepat-cepat sebab nak kejar bas. Tak sanggup nak tunggu bas pukul 4 nanti. haha..


Minggu depan ada presentation untuk Gender, Ethnicity & Class. Minggu depan jugak ada penilaian 1 Bahasa Arab. Penilaian membaca dan menulis. Doakan saya dan kawan-kawan ye.


Sampai sini sahaja dulu. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi ye.. Illal liqa'




Jambatan chenta UNIMAS. Sepanjang hidup kat sini, baru sekali je lalu..hahaha



Kenapa macam ni? Bukan macam tu?

Assalamualaikum wbt..Salam Jumaat..Dah baca surah al-Kahfi? Kalau dah, Alhamdulillah.. :)


Kenapa macam ni, bukan macam tu? 
Kenapa hidup aku tak kaya macam orang tu? Kenapa aku tak secantik orang tu? Kenapa aku tak dapat macam yang orang tu dapat? Kenapa apa yang aku rancang semuanya tak jadi? Kenapa? Kenapa? Kenapa?


*Amaran: ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia dan juga tiada kena mengena dengan saya (certain things lah)..hehe..:)


Kita sering mempersoalkan kenapa, kenapa dan kenapa. Pernah tak kita cuba nak cari jawapan untuk 'kenapa' tu? Lupakah kita hidup kita ini disusun dan diatur cantik oleh ALLAH? Tapi bukan bermaksud kita duduk tengok tv, cakap dalam hati "ALLAH dah susun hidup aku, tak payah lah aku nak buat apa-apa untuk diri aku" Ini SALAH. Kita perlu bergerak,berusaha untuk capai apa yang kita nak!


Memang benar ALLAH menyusun kehidupan kita. Dalam surah Hud ayat 6 yang bermaksud 


"Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin ALLAH rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)"



Situasi 1: Ali dan Ahmad


Ali       : Assalamualaikum Ahmad. Macam mana program hari tu? 


Ahmad: Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah. ALLAH permudahkan. Semua yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya walaupun ada sedikit kesulitan sebelum mula program.


Ali       : Alhamdulillah. Tahniah dapat jayakan program tu.


Ahmad: Syukur pada ALLAH.




Situasi 2: Aina dan Azlin


Aina   : Limaza ya ukhti? nampak sedih je.


Azlin  : Hmm..ana sedih lah. Semua yang ana rancang tak menjadi. Program bersama warga tua di Rumah  Seri Kenangan terpaksa dibatalkan. Ana sedih sangat lah. Kesian pada sahabat-sahabat yang mendaftar untuk program tu. Mereka semua semangat nak pergi. Tapi tadi Puan Haslina inform pada ana yang pihak pengurusan terpaksa membatalkan program dengan kami sebab mereka menerima 
jemputan ke sebuah program yang lain. Kenapa jadi macam ni..hmm


Aina   : Bersabar dan redha lah atas apa yang berlaku. Ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Jangan terlalu menyalahkan diri sendiri. Semua yang berlaku adalah di bawah kekuasaan ALLAH. Jadi senyum lah. ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Azlin   : Syukran ya ukhti. InsyaAllah. Ana redha dengan apa yang berlaku dan syukur sangat-sangat apa yang berlaku adalah apa yang telah ALLAH tetapkan.




Melaui 2 situasi tu, yang macam mana yang kita nak. 1 atau 2? Kalau saya, dua dua saya nak..hehe..Sebab, yang pertama. mengikut situasi 1 apa yang dirancangkan dapat direalisasikan walaupun terdapat kekurangan. Manusia tak sempurna. Siapa yang tak gembira bila apa yang dirancang menjadi kenyataan kan. Pastinya kita akan rasa gembira dan syukur ALLAH membenarkan kita merealisasikan impian kita kan. 


Tapi yang situasi 2 tu macam mana pulak? Bagi saya, saya akan lebih gembira dan lebih bersyukur seandainya apa yang dirancang tidak menjadi. Ini kerana saya mengikut apa yang telah disusun oleh ALLAH untuk saya. ALLAH sayang kita. DIA maha tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin waktu kita nak jalankan program itu nanti, ada kecuaian yang kita terlepas pandang dan menyebabkan kesulitan banyak pihak. Kita tak tahu, tapi DIA tahu.


Jadi, fikir positif apa yang berlaku pada kita. Jangan terlalu menyalahkan diri sendiri dan lebih teruk lagi bila kita salahkan takdir.


Sampai sini sahaja dulu. Maaf seandainya ada kesalahan dan kesilapan dalam penyampaian. 

Saya budak masih belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.


Jumpa lagi di lain hari. InsyaAllah. Assalamualaikum wbt. 


Saturday 10 March 2012

Mak rindu saya lettew..hihi

Dah 2 3 hari ni kredit fon tak de. Nak topup kat dalam kolej, kena cas, bila keluar selalu terlupa nak beli. Penyudahnya tak lah berkredit fon ku yang comel tu..hihi.

Selalunya sebelum pergi kelas mesti akan call mak dulu. Ambil berkat. Kalau dekat boleh peluk cium segala, tapi ni jauh, jadi, call lah kan..Bila tak da kredit, tak lah call. Tetiba semalam dapat mesej dari mak. Mak tanya macam mana nak save game kat lappy adik tu. Disebabkan tak da kredit, tak lah reply. Mak sent kat 2 2 nombor. Kesian mak. Tapi kakcik tahu mak saja je tanya pasal game, sebenar nya mak nak tanya kakcik sihat ke tak kan..hihihi..Sayang Mak..

Maghrib tadi abah call, tapi tak sempat nak angkat sebab tengah solat. Nasib sebelum solat isya' tadi abah call lagi. Dapat lah cakap dengan mak abah sekejap. Tengah-tengah cakap dengan mak tu, terbatuk pulak. Al-maklum lah sakit tekak.
Pastu mak tanya "Eh, kenapa batuk tu? Tak sihat ke?"
Saya pun jawablah "Tak lah, sakit tekak je. Kat sini cuaca tak menentu.Panas hujan"

-"Oh, mak ingatkan kakcik sakit tadi. Pelik jugak kakcik tak call lama dah"
Dalam hati saya berbunga-bunga sebab mak risaukan saya. *Woit, mana ada mak yang tak risaukan anak weyh. Sengal lah kau ni.*

Hehe. Betul tu. Sebenarnya semua ibu bapa dekat dunia ni sayangkan anak-anak mereka. Cuma kadang-kadang mereka tak cakap pun kat kita. Tapi dari tingkah laku mereka, mereka dah buktikan yang mereka terlalu sayang kan kita. Banyak dah benda yang mereka lakukan, pengorbanan mereka yang tak mungkin kita mampu balas. Jadilah anak yang soleh dan solehah. selalu lah doakan mereka.


“Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.”


Saya sayang mereka. Sangat-sangat

He is 21

He is 21 on 8 March ago. Selamat ulang tahun. Semoga menjadi hamba Allah yang bertakwa, anak yang soleh, abang yang dapat menjadi contoh pada adik-adik dan menjadi sahabat yang sentiasa mendorong ke arah kebaikan. Terima kasih atas segala ilmu yang telah di kongsi. Semoga bertemu zaujah yang solehah, penyejuk mata, penenang hati. Cant wait for u coming back to Malaysia. Semoga perpisahan sementara ini akan menjadikan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukanNYA dalam apa jua keadaan. Dapat meningkatkan keimanan kita. InsyaAllah..

Teruskan Melangkah III

Assalamualaikum wbt.
Kembali untuk teruskan melangkah III..Alhamdulillah minggu ke tiga sudah pun selesai. Minggu ni banyak group discussion..huhu..penat :(

Dapat dirasakan duit ku keluar macam air. Huhu.. Macam mana lah nak jimat. Makan dua kali sehari, prepaid fon lagi..Woit! Jangan bagi alasan lah.. Boleh je kalau nak jimat dengan keazaman yang kuat lah. Hehe.. InsyaAllah.. Bersederhanalah dalam berbelanja. Beringat sebelum habis. Duit yang ada pandai-pandai lah budget untuk belanja bulanan kan.

Going to be very busy for week 4. Presentation, send up project proposal, send up topic for gender, preparing for TMX task. Hahaha..Giler banyak benda nak kena buat. Ok. Think positive Siti Fathimah. You can do it! Chaiyok!

Inilah kehidupan universiti. Waktu ni lah belajar macam mana nak buat proposal, deal with any organisation to get sponsor, deal with societies a lot! Tak pe. Pengalaman. Nanti bila ada rezeki untuk kerja, buatnye hadapi perkara yang sama kita dah ada pengalaman nak selesaikan. Apa-apa yang kurang kita tambahkan, apa-apa yang silap kita betulkan.. :)

Disebabkan dunia sekarang berada di hujung jari, semua benda nak gunakan teknologi. Semua perkara penting akan di post kan di FACEBOOK! Jadi, nak tak nak terpaksalah me reactivate fb saya..ADUH!
Ingat tak nak pakai fb lagi, tapi terpaksa jugak guna fb lagi..HUH.

Ok. Dah habis membebel.. Sampai sini dulu..

Sunday 4 March 2012

R.I.N.D.U

Assalamualaikum wbt..

Saya rindu semua orang. Semua orang saya rindu. Semua orang rindu saya.*perasan*
Tapi betul, 2 3 hari ni setiap petang rasa nak nangis je. Mood swing :(
Bangun-bangun tidur je terdetik dlm hati "eh, rindu kat mak abah lah". Terus amek fon, call mak..Malam sikit rindu kat along & kak awin. Ada jugak rindu kat angah, tapi tak call la sebab hari tu baru je call dia*kedekut*
Rindu dekat rumah, kawan-kawan, sekolah. Pendek kata rindu kat semua lah..Boleh pulak home sick waktu-waktu mcm ni..Tak productive langsung lah kau!

Apa eh nak buat bila rindu? Nak call karang, meleleh pulak segala air..
Bila menidakkan rasa tu, makin kuat pulak dia menyerang....Arghhhh...Parah betul sakit rindu ni..

Satu je rasanya yang boleh buat kita rasa tenang bila mengalami perasaan yang macam ni..Kembali pada ALLAH. Sentiasa ingat pada ALLAH. Doa pada ALLAH agar orang-orang yang kita sayang sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya.
"Ya ALLAH, sampaikan lah rindu ku pada orang-orang yang aku sayangi. Lindungilah mereka, beri mereka kemudahan dalam segala hal"

Sungguh, saya merindui semua.

Sampai sini dulu. Azan maghrib dah berkumandang. Asif 'ala kulli hal..

Friday 2 March 2012

Special for you..

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Kita tak sama dengan yang lain
Dalam mencari redha Allah
Menuntut ilmu agar kelak kita dapat membina syurga kita bersama
Melengkapi satu sama lain
Berusaha menjadikan jannah matlamat kita
Sekarang kita bersabar
Setiap apa yang ALLAH rancang baik untuk kita
Satu hari nanti
Seandainya memang itu takdirnya
Kita akan dapat bersama
Membina mahligai impian yang kita impikan bersama
Hanya mampu berdo'a padaNYA
Moga diperkenankan olehNYA
Bersabar menunggu detik itu
Tapi seandainya takdir tidak menigzinkan
Ada hikmah di sebaliknya
Jangan disalahkan sesiapa
Tapi cuba kita muhasabah diri
Mungkin saya tidak baik untuk awak
Dan awak terlalu baik buat saya
Segala ilmu yang telah awak kongsi
Harap dapat di halalkan
Dan
Sebagai seorang mukmin awak tetap saudara saya..


*Special for you whom now was at Nizamabad, India*

Teruskan Melangkah II

Assalamualaikum wbt.. :)

Alhamdulillah selesai minggu kedua perkuliahan. Minggu ni tutorial ada yg dah mula. Ingatkan minggu ketiga baru mula..huhu..Tapi minggu depan lagi sibuk kot bila lab TMX dah mula. Hari-hari kena balik petang. Keluar pagi balik petang..emm,,bukan nak merungut tapi nak meluahkan perasaan je..hehehe.. :D

Alhamdulillah, masalah yang melanda diriku itu sudah selesai. Ibrahnya jangan suka-suki nak lari dari masalah, masalah tak kan selesasi kalau hanya berlari. Tapi kalau nak kurus boleh selesai dengan berjogging..hehehe..Kalau kita ada masalah, kita berbincang dengan orang yang sepatutnya, banyakkan mohon pada ALLAH agar segala urusan dipermudahkan. Ada hikmah di sebalik setiap yang menimpa kita. Bila kita tak selesa dengan suatu keadaan tu, kita berterus terang, dan jadikan sebagai panduan pada kita seandainya pada satu hari nanti kita kena menguruskan perkara yang sama.

Saya dah tak tutup fon lagi..hehe..Tapi saya memang dah deactivate fb saya dengan rasminya pada minggu lepas.. Sebarang masalah boleh lah menghubungi saya di nombor 01* ******4 @ 01* ******6..macam femes sangat kau ni..hehe..public kot ni..mana boleh sesuka hati je letak phone number kan.. Boleh jugak tweet je kat Twitter saya..Nak follow pun boleh. Follow me and I will follow u back.

Sampai sini je dulu. Maaf seandainya anda yang membaca entry ni *kalau ada lah,,kalau tak ada pun ape aku kesah* merasakan entry ni tiada manfaat buat anda..Saya cuma ingin meluahkan rasa sahaja..Asif jiddan..

Semoga bertemu lagi.. :)

Friday 24 February 2012

Teruskan Melangkah

Assalamualaikum wbt..

Jumaat 24/02/2012..
Tamat minggu pertama perkuliahan bagi semester 2 di unimas..Alhamdulillah..
Alhamdulillah..Terima kasih ya Allah atas kemudahan yang diberikan..Segala yang dirancang dapat di laksanakan walaupun ada sesetengah perancangan lari sikit..Tapi tak pe..Allah yang susun kehidupan saya.. :)
Segala jadual telah disusun seelok-eloknya..tak ada lagi yang bertindih..walaupun pada awalnya tak nak kelas waktu petang,,tapi tak ada rezeki,,kena jugak ambil kelas petang..Huhu..

I am falling in love with social sciences..<3
Semester ni kebanyakan subjek yang diambil berkaitan dengan social work ..Statistic je lari sikit..heheh..Rasa tak sabar nak melangkah lagi..berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam,,bertungkus lumus siapkan assignment dengan kawan-kawan yang sememangnya sangat bertanggungjawab..Alhamdulillah dipertemukan dengan diorang..Cakap pasal assignment,,semua subjek dah dapat assignment..-____-'

Belajar,belajar jugak...tanggungjawab kita sebagai hamba Allah jangan pernah sekali kita abaikan,,Peringatan ini ditujukan khas kepada saya sendiri terlebih dahulu.. Kita niat menuntut ilmu kerana Allah juga telah dikira sebagai ibadah..InsyaAllah,,semoga apa yang kita pelajari pada masa kini akan dapat kita gunakan untuk berbakti kepada agama kerana Allah..Hidup ini indah jika semua yang dilakukan adalah kerana Allah

Sampai sini sahaja dulu..Ma'assalamah wa illalliqa'



"Sungguh, mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan, Kami benar-benar tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang mengerjakan kebajikan itu"
(18:30)

Wednesday 22 February 2012

Kembali pada ALLAH

Assalamualaikum wbt..

Kembali pada ALLAH..
Kalau kita sedih,,kita luahkan pada ALLAH..
Kalau kita marah,,kita ingat pada ALLAH..
Kalau kita dihina,,kita bersyukur pada ALLAH..
Kalau kita inginkan sesuatu,,kita mohon pada ALLAH..
Kalau kita rindu,,kita puji ALLAH..
Kalau kita sakit,,kita ucap Alhamdulillah..

Semua rasa yang kita alami,,semua datang dari ALLAH..Rasa sedih, marah, gembira, cinta, rindu..semua datangnya dari ALLAH..terpulang pada kita bagaimana nak kawal semua perasaan ni..
Dan lagi satu,,kita kena ingat..setiap yang berlaku pada kita adalah di atas perancangan ALLAH..Tapi bukan bermaksud kita boleh serah bulat-bulat pada ALLAH..Konsep tawakkal bukanlah menyuruh kita untuk duduk goyang kaki sambil makan biskut dan mengaharap sesuatu yang baik itu datang pada kita..Kita kena berusaha seiring denga tawakkal..

Tapi seandainya apa yang kita inginkan tidak kita kecapi,,ingatlah "Kita merancang,,ALLAH juga merancang..Tetapi ALLAH lah sebaik-baik perancang" dan dalam surah al-Baqarah ayat 216,,ALLAH berfirman yang maksudnya "..Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

sesuatu yang baik itu datangnya dari ALLAH..Sampai sini sahaja kali ini..Semoga berjumpa lagi di lain hari..InsyaAllah..




Resah Gelisah..

Perasaan itu datang lagi..Entah lah..sejak akhir-akhir ni kalau fikir pasal hal tu je mesti sakit kepala..
Rasa nak menyepikan diri je..tapi ke manalah nak menyorokkan muka ni..pusing mana-mana,,sembunyi mana-mana mesti akan jumpa jugak..kalau tak cepat,,lambat..kalau tak lambat,,cepatlah..hehe..
Tapi rasanya dah tak mampu nak pendam lagi..bila nak elak dari berjumpa,,tak tau nak bagi alasan apa..tapi untuk berjumpa lagi macam tak mampu..Tak tahulah kenapa tak mampu..walhal benda ni benda yang  baik..yang membawa kebaikan pada diri dan orang lain..Ya Allah..apa agaknya maksud semua ni kan..Hanya DIA yang tahu..Buat masa ni,,memang akan menyepikan diri..mungkin akan tukar nombor fon jugak..kalau nak off kan fon sentiasa payah pulak nnati nak contact family dan kawan-kawan..jadi jalan terbaik ialah tukar nombor fon..FB pun dah di'deactivate' kan..Maafkan saya sebab menyepikan diri..maafkan saya sebab tak balas mesej..maafkan saya atas segala-segalanya.. :'(

Monday 20 February 2012

Full :0

Minggu addrop subjek..memang kena compete dengan semua student yang ada..Waktu first week of registration courses memang kecewa sebab kebanyakan subjek elektif and pelengkap dah full..Tapi, atas izin ALLAH dan berkat doa mak abah, alhamdulillah dapat register full credit hour..cuma terfikir mampu ke nak bawak semua ni..Nak habiskan 8 subjek..Kalau tak manage masa dengan sebetulnya memang boleh hanyut lah sem ni..huhu..Kena la kurangkan masa rehat..hehe..insyaAllah..I'm taking Arabic language for my complementary..hihi..tak sabar nak belajar bahasa Arab..Doakan saya..=)

Saturday 18 February 2012

Uhuk,uhuk..dah sampai..mimpi ke realiti??

Mimpi ke realiti ni?? semalam masih dengan keluarga..sekarang dah dekat KOLEJ SEROJA UNIMAS..=='
Hmm..tak pe..mula semester baru dengan semangat yang baru..insyaAllah..Niat menuntut ilmu kerana Allah..Bak kata sahabat saya ulama'-ulama dulu pun menuntut ilmu merantau ke negara orang..tinggalkan keluarga..
InsyaAllah semuanya akan lancar..Doakan saya..

Last from me..

*taken by Busu at LCCT..hukhuk..:'(