Monday 28 November 2011

..::Hilangnya Permata Yang Dicari::..(2)

"Assalamualaikum. Hai, ingat aku lagi tak?" Sapa Insyirah pada sesusuk tubuh yang memang sangat dikenali nya itu. Walaupun baru berjumpa sekali, namun Insyirah masih ingat akan susuk tubuh Tasnim, rakan yang banyak membuka minda dia itu.

"Wa'alaikumussalam. Insyirah. rindunya pada Insyirah" Balas Tasnim sambil terus bangun lalu memeluk Insyirah.

"Eahhh...kau ni..jangan la peluk-peluk aku. Geli la weyh" Balas Insyirah sambil menggosok-gosok bahunya..

"Hihihi...Tasnim rindu la kat Insyirah..Alhamdulillah jodoh kita masih ada setakat ini. Tasnim tak sangka dapat jumpa Insyirah hari ini. Ingatkan dah tak sempat nak jumpa. Esok Tasnim nak pergi dah"

"Kau nak pergi mana?" Tanya Insyirah sedih.

"Tasnim nak pergi jumpa kekasih Tasnim" Lafaz Tasnim tersenyum

"Ohh..kau nak kahwin rupanya. Patut la aku nampak kau pakai cincin kat jari manis kau tu. Rupanya bakal jadi milik orang. Tahniah lah. Kau tak jemput aku pun" cebik Insyirah. Sengaja nak memancing Tasnim.

"La..lupa pula..maafkan Tasnim..Ok. Insyirah boleh datang ke rumah Tasnim malam esok. Ni alamat nya. Insyirah datang tau. Tasnim akan jadi orang yang paling gembira kalau Insyirah dapat datang ke rumah Tasnim esok"

"Ok. Aku mesti datang punya. Hari bahagia kawan aku kan. Eah, sebelum kau jadi milik orang lain ni, kau cerita kan lah pada aku kisah-kisah yang best-best. Aku rindu la nak dengar tazkirah free kau." Jujur Insyirah.

"Insyirah rindu Tasnim. Alhamdulillah. Tak adalah nanti Tasnim rasa bersalah tinggalkan Insyirah. Hehe. InsyaAllah Tasnim cuba sampaikan satu kisah tentang keindahan insan yang bergelar wanita. Insyirah nampak tak pokok semalu tu. Cuba Insyirah sentuh pokok tu dengan jari Insyirah"

"Tak sentuh pun aku tahu lah apa jadi kat pokok tu. Tapi tak apa lah, nak puas kan hati kau, aku sentuh gak pokok tu. Haa, kan aku dah kata, pokok ni akan kuncup." Balas Insyirah.

" Insyirah dapat kaitkan tak antara pokok semalu tu dengan wanita?"

" Laa, kau ni, aku suruh kau cerita kat aku, kau pulak tanya aku balik..manalah aku tahu"

Tersenyum Insyirah mendengar rintihan kecil sahabatnya itu.
'Walaupun nampak brutal, tapi mudah tersentuh hatinya. Itulah wanita' Bisik hati Tasnim.

"Pokok semalu ni boleh diibaratkan sebagai seorang wanita solehah. Apabila ia disentuh, ia akan kuncup, begitu juga wanita, apabila seseorang ajnabi datang mengahampirinya ia akan cuba menghindarkan diri dari orang itu dan memelihara segala batas pergaulan mengikut yang telah ditetapkan. Pokok semalu ni juga ada akar yang kukuh kuat terpasak di bumi. Ini juga boleh diibaratkan seperti seorang wanita yang mempunyai pegangan yang kukuh pada agamanya. Berpegang pada Al-Quran dan sunnah. Segala apa yang dilakukan adalah kerana Allah, kerana cintanya pada agamanya, keluarganya dan juga kerana cintanya pada sahabat-sahabatnya." terang Tasnim pada Insyirah.

"Ohh,,macam tu rupanya. Maknanya kita kena lah jadi macam pokok semalu kan? Kita kena ada perasaan malu dan kita kena ada pegangan agama yang kuat sebagai benteng diri kita kan. InsyaAllah aku akan cuba menjadi seperti pokok semalu. Terima kasih Tasnim atas perkongsian ni. Aku harap persahabatan kita akan kekal dan diberkati olehNya."

"InsyaAllah.kita bersahabat sampai syurga ya. Tasnim sayang Insyirah"

"Aku pun sayang kat kau. Eah, dah petang ni, selalunya kau nak balik dah kan. Aku nak gerak dah ni. Ada kerja sikit nak buat"

"Emm, tak apa lah Insyirah, Tasnim nak duduk dekat tasik ni dulu, nak tadabbur alam sementara ada kesempatan. Insyirah hati-hati ye. InsyaAllah kalau panjang umur kita jumpa lagi. Haa, lagi satu, esok jangan lupa datang rumah Tasnim tau. Tasnim tunggu Insyirah."


"InsyaAllah, aku janji aku datang. Tak apa ke kau sorang-sorang kat sini? Nanti ada orang culik nanti. Hahaha. Kau hati-hati ye. Aku gerak dulu. Assalamualaikum"

"Wa'alaikumussalam"

Pandangan sepi Tasnim dihantar kepada Insyirah. Khuatir andai itu kali terakhir mereka dapat bersama.

~Bersambung~


..::Hilangnya Permata Yang Di Cari::..(1)

Saturday 26 November 2011

Dari 0 kepada 1

Assalamualaikum..selamat tahun baru maal hijrah...1433 Hijrah..=)


Tajuk kali ini..dari 0 kepada 1..apa yang dimaksudkan dengan dari 0 kepada 1 ni?
Jeng,jeng,jeng..nak tau tak?..
Hehehe...


Maksudnya dari tiada apa-apa kepada ada apa-apa..Apa apa apa ni?
Hehe..Ok..dah cukup la merepek ni..


Tahun baru dah menjelma..ini lah masanya untuk kita mengucapkan sayonara kepada zaman jahiliyyah kita..Inilah masanya kita nak berubah dari tiada apa-apa menjadi seseorang yang mempunyai ilmu, seorang yang boleh berubah ke arah kebaikan..


Tak susah untuk berubah..hanya perlukan sedikit perencah keazaman yang kuat disertakan dengan perasa keimanan..Jangan berhenti berdoa pada Allah untuk menguatkan hati kita dalam penghijrahan yang kita lakukan..
Menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang yang meletakkan Islam sebagai agamanya untuk berubah dan meninggalkan perangai buruk kita..


Sahabat-sahabat nak berubah?
Nak,nak,nak..Saya pun nak berubah juga..
Silakan..tiada siapa nak halang..^^,


Hehehe..
Kat bawah ni adalah sedikit tips untuk bantu kita meninggalkan zaman jahiliyyah kita..

1. Mempunyai Akidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang murni
4. Manhaj hidup yang lurus
5. Meletakkan Allah, Rasulullah dan orang-orang yang beriman sebagai penolong (5:55)


Betulkan niat dan mohon kepada Allah agar dikuatkan dalam jihad kita..InsyaAllah...
Sampai sini dulu..semoga bertemu lagi..Maaf andai ada salah dan silap..
Ayuh berubah !!!
Dari 0 kepada 1!!!



"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu"
(2:208)

Sunday 20 November 2011

..:: Hilangnya Permata yang dicari ::..(1)

Dialah permata yang dicari..
Selama ini baru ku temui..
Tapi ku tak pasti rencana ilahi..
Apakah dia kan ku miliki...

Lagu 'Permata Yang Di Cari' dendangan kumpulan De-Hearty tak henti dimainkan Insyirah petang itu. Sejak pertemuan yang tidak disengajakan dengan sahabat yang baru dikenalinya itu, dia sering mengelamun dan memikirkan kata-kata sahabat nya itu..

''Kalau nak dapat yang baik, kita kena jadi baik.."
Itulah yang dipesan oleh Tasnim sebelum sahabat barunya itu hilang dari pandangan. Sedetik bersama Tasnim banyak soalan yang terkumpul di benak fikirannya terjawab dengan sendiri. Perwatakan Tasnim sangat berbeza berbanding dirinya. Ala-ala Anna Althafunnisa dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih tu..

'Ada hikmah juga aku lepak sorang-sorang kat tepi tasik tu semalam'..Insyirah bermonolog sendirian.
Pertemuannya dengan Tasnim bermula ketika Insyirah melepak di tepi tasik untuk melepaskan rasa geram, benci, marah pada kekasih yang baru diputuskannya semalam..

******************************

"Assalamualaikum..orang kata anak dara tak elok termenung sorang-sorang.."

"Kau ni siapa? Tetiba je muncul.."

"Memberi salam itu sunat..menjawab salam itu wajib"..Tasnim tersenyum melihat Insyirah

Gulp..terkono den..
"Wa'alaikumussalam..maaf kan aku..aku cuma terkejut je sebab tetiba je ada orang tegur aku..Kau ni siapa?"

"Saya Tasnim..Tasnim Syafika..Dari tadi saya perhatikan saudari sorang-sorang je kat sini..saya tengok saudari macam ada masalah..saya rasa tertarik untuk berbual dengan saudari"

"Skema nya kau ni..tak yah nak bersaudari-saudari lah dengan aku..Aku Insyirah..kau panggil je aku shera.."

"Insyirah..kegembiraan..tapi sekarang Tasnim nampak Insyirah tak seperti 'Insyirah'..Kalau ada yang nak diluahkan pada Tasnim..InsyaAllah Tasnim bersedia meminjamkan telinga untuk Insyirah"

"Kau tak kenal pun aku..tapi kau boleh nak jadi baik dengan aku pulak..apahal kau ni?"

"Setiap muslim itu kan bersaudara dan insan yang baik ialah insan yang dapat memberi manfaat pada orang lain..Jadi kat sini tak timbul hal tak kenal sebab kita memang bersaudara..Tasnim tak paksa Insyirah..Kalau Insyirah tak nak kongsi pun tak pe.."..

'Aku memang memerlukan sesorang sekarang ni..Budak ni pun nampak macam baik je..Boleh la share dengan dia..mane la tau kot-kot dia boleh tolong aku ke..'

"Ok lah..aku cerita kat kau..tapi kau mesti janji dengan aku yang kau tak gelak kan aku nanti.."

"Baiklah..Tasnim janji"..

"Aku baru putus dengan boyfriend aku lah..Siot punya jantan..ada ke patut dia cakap aku ni macam tomboy..tak pandai nak solek-solek macam awek kawan-kawan dia yang lain..tak pandai nak pakai skirt, baju-baju yang macam perempuan dan dia cakap aku kolot sebab aku pakai tudung..Terbakor je aku rasa..Nasib baik lah aku dapat kawal emosi aku tadi..kalau tak free-free je aku campak dia mandi kat tasik ni hah.."

"Alhamdulillah..bagus lah kalau macam tu"..sambil tersenyum Tasnim memandang Insyirah..

"Kenapa kau cakap Alhamdulillah pulak..Ohh..kau suka la aku putus dengan boyfriend aku ye..Aku ingatkan kau dapat bantu..rupanya kau tak bantu aku sikit pun" luah Insyirah hampa..

Nafas ditarik Tasnim dalam-dalam sebelum memulakan bicara..nampaknya Tasnim tak boleh silap langkah..Api yang marak patut dipadamkan dengan air..'Bismillahirrahmanirrahim'..lafaz Tasnim di dalam hati..

"Maafkan Tasnim andai membuat Insyirah berkecil hati..secara jujurnya bukan niat Tasnim untuk mengecilkan hati Insyirah. Tasnim melafazkan kata syukur kerana Insyirah orang yang dipilih oleh Allah untuk menghadapi pengalaman yang tak semua orang akan rasa apa yang Insyirah hadapi sekarang. Pernah tak Insyirah terfikir kenapa Allah takdirkan Insyirah putus dengan boyfriend Insyirah tu? "

"Entah. Aku tak pernah fikir pun" Sambil lewa Insyirah menjawab pertanyaan Tasnim.

"Sebab Allah sayangkan Insyirah.."

"Kalau betul Allah sayang aku, kenapa DIA takdirkan aku putus dengan boyfriend aku..patutnya DIA kena biar aku bahagia dengan kekasih aku tu"

"Insyirah akan bahagia. Tapi bukan dengan boyfriend Insyirah..tapi dengan Allah. Sebab tu lah Allah putuskan  hubungan Insyirah dengan boyfriend Insyirah tu. Allah nak Insyirah jalinkan hubungan yang kuat dengan Allah. dan Allah akan beri sesuatu yang lebih baik dari apa yang Insyirah ada sekarang"

"Macam mana tu? Aku tak paham lah.."

"Tadi Insyirah cakap pada Tasnim yang boyfriend Insyirah cakap pakai tudung ni kolot kan? Kenapa Insyirah masih pertahankan tudung Insyirah? Kenapa tak bukak je tudung tu dan ikut cakap kekasih Insyirah tu?"

" Sungguh pun aku ni tak alim macam kau, tapi aku tahu lah yang kita wajib pakai tudung, wajib tutup aurat. Buat apa aku nak ikut cakap boyfriend aku tu, dia tak ada hak pun nak tentukan jalan hidup aku dan belum tentu dia tu jadi suami aku nanti"

"Jadi sekarang Insyirah nampak tak yang Allah tak nak biarkan Insyirah berkawan dengan orang yang boleh merosakkan Insyirah. Cuba Insyirah bayangkan, seandainya Insyirah masih berkawan dengan dia, kemungkinan dia akan memujuk Insyirah untuk menanggalkan tudung dan mungkin menyerahkan maruah Insyirah pada dia. Alhamdulillah Allah sangat sayangkan Insyirah dan menyelamatkan Insyirah dari menjadi mangsa kata-kata manis si lelaki ini."

"Ok..aku terima pendapat kau..memang betul pun dia tu bukannya baik sangat, tapi aku pun tak tahu kenapa aku boleh couple dengan dia..haha..aku rasa macam lapang sekarang dapat luahkan rasa tak puas hati aku pada kau dan dapat tazkirah free dari kau.."

"Alhamdulillah..segala yang baik itu datangnya dari Allah..Tasnim pun seronok dapat berkenalan dengan Insyirah. Tasnim harap dapat duduk bersama dengan Insyirah lagi lepas ni. Tapi tak tahu lah bila lagi kita dapat jumpa. Tapi tak pe..yakinlah dengan ALLAH...kalau ada jodoh kita jumpa  lagi..Ok lah Insyirah. Dah nak maghrib ni. Tasnim kena balik rumah. Ada jodoh kita jumpa lagi ye. Assalamualaikum"

"Wa'alaikumussalam.."

*******************************

'Tasnim Syafika..aku harap dapat jumpa kau lagi'


~~To be continued~~

Saturday 19 November 2011

8 Sebab Kenapa Wanita Bertudung Lebih Baik

1) Tuntutan agama

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa

Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?

3) Lebih pintar dan tenang

Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir

Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis

Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat

Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”

Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati

Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi 


Friday 18 November 2011

Jawlah AidilAdha (2)

Assalamualaikum sahabat-sahabat..terima kasih kerana menunggu..kalau ade la..=))
Maaf terlambat update Jawlah Aidil Adha ke-2 ni..hihi..Sibuk denagn mid semester test..Political Science lah..contemporary psychology lah..Sebenarnya tak habis lagi..Esok ada lagi satu paper..TITAS..tapi sementara menunggu mood study nak datang,,teringin pula nak melangsaikan hutang kepada pembaca semua..^^,

Seperti yang dijanjikan..insyaAllah saya akan menyambung kembali kisah Jawlah Aidiladha 7/11/2011..

Dah puas bergambar kenangan di rumah Dr. Sa'adiah..kami pun meminta diri untuk pulang..Kalau pergi tadi ada 5 buah kereta..sekarang nak balik ada 7 buah kereta yang bergerak sama-sama..Seronokk..Destinasi seterusnya Masjid Jamek Kuching untuk sesi ta'aruf ringkas..

Kegembiraan sepanjang berada di rumah Dr. Sa'adiah bertukar menjadi cemas bila salah satu kereta (kancil) yang dipandu sahabat saya hampir-hampir terbabas masuk ke dalam parit yang sangat besar..Kalau terlambat brek,,..haish..hanya Allah yang tahu..
Bila dah nampak macam tu..kami yang lain pun berhenti lah kat tepi nak membantu..Sahabat yang baik mesti membantu sahabatnya apabila ditimpa musibah kan..Sangat berterima kasih pada pengguna jalan raya yang lain yang berhenti dan hulurkan bantuan kepada kami..
Tetapi..berhati-hatilah dalam menghulurkan bantuan..disebabkan keprihatinan kita hendak mebantu orang yang dalam kesusahan,,kita abaikan keselamatan kita sendiri..Ayat ni saya tujukan untuk kes yang satu lagi ni:

Dalam sibuk nak membantu menarik balik kereta kancil yang hampir nak terbabas tu..tiba-tiba kami dengar bunyi berlanggar..rupa-rupanya ada sebuah motor yang terlanggar salah satu kereta sahabat saya..Nak kata salah sahabat saya tu rasenya macam tak sebab dia dah park kereta dia kat tepi..mungkin pakcik yang bawa motor tu tak perasan kereta tu sebab asyik tengok kereta kancil yang nak terbabas tu kot.Pecah cermin belakang kereta tu..

Berangin juga lah pakcik tu..Alhamdulillah..dengan kelembutan dan kehemahan salah seorang akhi yang membantu kami..akhirnya segalanya dapat diselesaikan..api yang tadinya marak kian padam dek air yang tersiram..maksudnya di sini..budi bahasa dan kata-kata pujukan yang berunsur nasihat oleh akhi tersebut berjaya melembutkan hati pakcik tadi...Alhamdulillah..Segalanya dah selesai..kami pun meneruskan perjalanan seperi yang dirancang..

Sampai di masjid..kami terus melaksanakan tanggungjawab utama kita sebagai hamba Allah..Selesai solat..sesi ta'aruf bermula..di akhir slot..sesi ibrah atau pun pengajaran/iktibar dari jawlah kami ni..Salah seorang sahabat memberi pandangan bahawa setiap apa yang kita nak lakukan..pastikan kita mohon keberkatan,keredhaan dan berserah hanya pada Allah..Tentang apa yang terjadi pada kami tadi adalah sebagai peringatan dari Allah pada kami..sebab masuk kereta tak baca doa..(diakui sendiri oleh salah seorang dari kami)..kat sini Allah nak tunjukkan pada kita walau sehebat mana pun kita memandu..kita sepatutnya kena berserah pada Allah terutamanya keselamatan kita..sebab kalau Allah kata jadi..maka jadilah..

Sedikit perkongsian..mengenai tazkirah ringkas yang tercatat dalam kertas yang diberi kepada kami..
Bermanfaat buat orang lain..umpama sebuah sungai..walaupun sungai itu tercemar, warnanya keruh bak air teh di kedai mamak,,dicampakkan sampah di dalamnya,,namun sungai tersebut masih lagi memberi hasil pada kita..ikan yang hidup dalam sungai itu menjadi salah satu sumber kita..dapat disimpulkan di sini..jangan menilai seseorang itu dari luarannya sahaja..tapi kenalilah hati nya..

Setakat ini sahaja kali ni..InshaaAllah kita berjumpa di lain entry..ampun dan maaf dipinta andai ada tersalah bicara..
Assalamualaikum w.b.t..


*For those who missed Jawlah Aidiladha part 1 can read it here : Jawlah Aidiladha 2011

Wednesday 9 November 2011

Jawlah AidilAdha 2011..

First time beraya di perantauan..hehe..macam jauh je kan..walhal dekat sarawak je..OK..perasaan yang sangat sedih..nak nak bila buka fb tengok kawan-kawan update status "Yeay,,nak balekkk"..tak lupa jugak pada yang update status "Sedihnye beraya d Sarawak"<-----Termasuklah saya...heeee..Bertambah laju la air mata ni mengalir..skype ngan along pun nanges depan lappy..huhu..bile fikir balik rasa macam kelakar sangat..apa nak buat..First time beraya berseorangan..Cehhh..x de la keseorangan..ramai je kawan-kawan yang dari semenanjung yang tak balek...

Ok..tutup cerita..ni nak cerita pasal jawlah kami pada hari raya kedua (7/11/2011, Isnin)..Kalau ikut tentatif kami akan bergerak dari Kolej Cempaka jam 8 pagi tapi yang sebaliknya terjadi..8.45 pagi baru gerak..huhu..terlambat sebab pelajar dari kolej seroja lambat sampai..haha...saya lah pelajar berkenaan..hihi..maaf kawan-kawan menunggu..

Kami berjawlah ke Petrajaya..dalam 5 buah kereta..dan semuanya akhwat..kami mulakan perjalanan dengan bacaan doa dan setiap kereta diberi 1 helai kertas tazkirah yang terdapat tazkirah ringkas mengenai "Manfaat Kepada Orang Lain" dan juga doa ziarah orang sakit..Ehh,,lupa pula nak bagitau tujuan kami berjawlah ni..First mestila nak merapatkan ukhuwah disamping melawat saudara kami yang sakit..

Perjalanan bermula..perjalanan kami lancar sampailah di satu traffic light, 2 kereta yang di hadapan dapat lepas,,tapi kereta ke 3 dan seterusnya terkandas gara-gara lampu merah..Saya dalam kereta yang ke-3..dalam hati kami berharap kereta yang 2 di hadapan tu perasan ketidakhadiran kami di belakang mereka..sebab yang tahu jalan ke rumah ustaz tu hanya lah kak wani (kereta pertama)..dengan confident nya kami pun meneruskan perjalanan..last-last tak dapat jejak lagi 2 buah kereta..ye lah sebab nak tunggu traffic light hijau balek diorang dah sampai mana lah kan..Bukannya diorang bawak kereta macam siput kan..tersesat lah kami dalam perjalanan menjejaki kereta-kereta tersebut..Kak miza call kak wani,,tanye dah sampai mana..kak wani cakap diorang tunggu kat tol..kami pun bergegas ke tol..satu hal lagi bila kami tak tahu jalan ke tol..al-maklumla kan baru je duduk kat sarawak beberapa bulan..tak mahir lagi dengan jalan-jalan di sini..perjalanan yang berliku ditambah dengan sesat lagi..hihi..tapi tak pe sebab pengalaman mengajar kita erti kehidupan..ada hikmahnya kan..

Alhamdulillah..kami dapat juga menjejaki kak wani..mereka dah macam berpiknik bawah pokok kat tepi tol tu menunggu kami.hehe..kami pun teruskan perjalanan bersama-sama..sesampai je di Petrajaya,,kitorang berhenti di Shell..ingatkan nak isi minyak..kami pun ramai-ramai turun pergi beli stok makanan kat Shell tu..macam-macam yang kami beli..pau,keropok,air..macam-macam lah..Kak Miza pesan kat kitorang yang tengah shopping cepat sikit sebab dah nak gerak dah..ok..kami pun cepat kan lah urusan pembayaran..masuk kereta terus kongsi makan pau yang dibeli tadi..tak sampai 5 minit..kami dah sampai kat rumah Doktor Sa'adiah (tuan rumah)..tergelak tak berhenti sebab ingatkan perjalanan lama lagi..beli macam-macam makanan untuk dikongsi sepanjang perjalanan..rupanya dah nak sampai..hihihi..sangat kelakar..

Sampai je dalam rumah Dr. Sa'adiah kami pun bersalam-salam..ada yang dah kenal..ada yang tak kenal lagi..ni lah untungnya ziarah..dapat eratkan ukhuwah dan tambah kenalan..duduk sembang-sembang..

Majlis dimulakan dengan ummul kitab dan takbir raya..waktu tu ada gak rasa sebak..tapi tahan je lah..tak kan nak menangis depan orang kan..hehe..nangis dalam hati je..^^,
Lepas habis bertakbir,,ada tazkirah ringkas yang disampaikan oleh ustaz Ayub..Tazkirah ringkas yang sangat padat..Yang best nya tazkirah kali ni,,disampaikan dalam bahasa Inggeris..seumur hidup saya tak pernah dengar orang bagi tazkirah dalam BI..hehe..bertambah pengalaman saya..Alhamdulillah..

Lepas habis tazkirah..makan time..heee..suke,suke,suke..^^,
Menu untuk tengah hari tu nasi putih lauk dalca daging, telur masin, bergedil..yang paling superb bergedil dia..perghh..memang mantap..teringat-ingat sampai sekarang..hehe..Makan dalam dulang..memang sangat seronok kalau makan dalam dulang..makan ramai-ramai..kalau waktu lapar,,siap licin dulang tu..tapi kalau waktu kenyang semua tak nak habiskan nasi tu..taktik nak bagi habiskan nasi tu,,guna lah ayat ni "Siapa yang makan sampai habis dapat suami soleh"..hehe..berebut lah masing-masing nak dapat suami soleh..sangat kelakar..

Habis je makan, waktu untuk pulang..sempat la bergambar beramai-ramai..memang best berkumpul bersama-sama..Berharap ukhuwah yang terbina dalam waktu yang singkat ni bukan hanya sampai di sini sahaja..InsyaAllah..

Tentatif seterusnya kami akan berkumpul di Masjid Jamek Kuching untuk sesi ta'aaruf bersama peserta-peserta jawlah dan titik perpisahan sementara kami untuk hari itu..Ada kisah yang terjadi dalam perjalanan pulang kami..InsyaAllah saya akan sambung dalam entry seterusnya sebab mata saya dah nak tertutup dah ni..Al-maklum lah kan dah pukul 0000..hihi..InsyaAllah..

Assalamualaikum..

Tuesday 8 November 2011

Seandainya dia milikku

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkanDia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.