Sunday 24 February 2013

Kala Hati Berbicara

Assalamualaikum. Haiii awak semua. Jumpa lagi kita ye. Alhamdulillah sampai sekarang Allah masih lagi beri pinjam nafas, masih lagi beri pinjam hidup kepada kita. Bersyukur lah pada Allah atas nikmat yang DIA berikan kepada kita.

Can you see the title? Kala Hati Berbicara. Tajuk macam jiwang. Hai lah Fathimah. Tak payah nak jiwang sangat lah. Geli tekak I occayyy.

Hehe. Mood malam ni bukan lah mood jiwang atau mood cintan cintun. Saja je nak letak tajuk camtu. Hehe.    Dah habis minggu pertama semester 2 2012/2013. Huuuu. Kejap je seminggu berlalu. Minggu lepas tak penat sangat. Cuma hari Isnin tu je kaki mengalami kejutan budaya bila dipaksa berjalan sepanjang hari setelah sebulan bermanja manja di rumah. Hehe. Masih lagi dalam minggu add drop subject. Kepeningan kestressan berlaku. Tak tau dah nak amek apa lagi 1 subjek elektif. Semua dah full. Yang tak full pulak clash dengan core subject. Huhuhuhu. Hasannah sampai nangis-nangis fikir pasal ni. Baru pasal register course. Belum lagi pasal PTA, field work, LI. Kalau tak dapat amek elektif sem ni, hancus la harapan nak grad habis dalam masa 3 tahun. Ya Allah, permudahkan lah urusan kami.

Dalam pada pening-pening fikir nak amek apa lagi, dengan izin Allah, tetiba Dr. Talwar offer kitorang amek core subjek untuk tahun 3 nanti. Maknanya amek sem ni, nanti tak payah amek lagi. Boleh cover elektif nanti. Alhamdulillah Alah permudahkan. Ada jugak appeal untuk course dari FSKPM. Tapi still pending. Misalan kata lah kalau permohonan diluluskan, kena la drop subject Dr. Talwar. Sebab tu core senang nak register. Tapi elektif yang susah sangat nak dapat sebab nak kena rebut 1 unimas wooo..

Wanna see the courses that I take for this semeseter? Kalau ampa tak nak pun aku nak tulis jugak. Blog aku. Hahaha. Okay. Here are the courses :
Research Method for Social Science
Specialisation 1: Family and Child Welfare
Counselling Skill
Bahasa Arab Lvl 2
English in Media
Health & Medicine.

Total semua 20 jam kredit. Dah tulis senarai kursus yang saya amek sem ni, nanti senang la nak cerita pasal kursus tu kan. Hehehe. ok lah. Dah lewat dah ni. Nak zzz. Selamat malam dunia. Jaga iman jaga hati, jaga diri hiasi peribadi. Assalamualaikum :)

Sunday 17 February 2013

Sebentar Cuma


Assalamualaikum. Sihat? Kali ni malas nak cerita panjang panjang. Title pun Sebentar Cuma kan. hihi. Men hapdate blog live dari Surau Kuching International Airport. Apa la agaknya yang dibuat kat sana tu. Dah pukul 12 lebih tak reti nak balik rumah ke anak dara ni?? Hihi. tak dak rumah. Tu yang menumpang tempat orang tu.

Sebenarnya terpaksa stay airport dulu. Kat rumah tak dak orang lagi. Takut la nak balik dulu. Malam-malam pulak tu. Dengan kawasan yang banyak buruh-buruh construction tu kan. Better saya stay airport. Rasa selamat sikit. Esok pagi baru balik rumah. Saing kak shidah. Housemate ramai yang balik lambat. Coursemate pun ramai yang balik lambat. Keseorangan lah saya nanti. Ehh tak. Beela dah ada. Hehe.

Alhamdulillah dah dapat register course. Cuma elektif lagi 1 subjek je tak dapat. Tak pe la. Ada rezeki ada laa. Minggu add drop subject pun lama lagi. Semoga sem ni akan lebih baik dari sem yang lepas. Aamiin :)

Mata ni ngantuk. Tapi tak boleh nak tidur pulak. Surau ni dah sejuk sangat sampai ke tulang. *hiperbola* Hihihihi. Ok lah. Semoga jumpa lagi di lain hari. Jaga iman jaga hati, jaga diri hiasi peribadi. Assalamualaikum :))

Thursday 14 February 2013

Permulaan Segalanya.

Assalamualaikum. Apa khabar? Iman sihat? Hati? Cuba tanya pada diri kejap ok ke tak diri tu. Hati tu sihat ke tak? Iman macam mana? Lama tak mengetuk jejari comel di atas keyboard meluahkan rasa yang tersimpan di hati. Cewahh. Ayat tak boleh nak berjela lagi ke? Haha. Lama kot tak update blog. Charger laptop buat hal. Ngam ngam start study week haritu. Memang suruh study agak nye kan. Tu yang baik punya masa dia amek nak rosak tu. Now dah kat rumah. Cuti. Tapi cuti pun dah nak habis. Sabtu ni terbang lah balik ke Bumi Kenyalang. Meneruskan perjalanan. Bermusafir menuntut ilmu di negeri orang. Masuk sem yang ke-4. Pejam celik pejam celik kejap je dah masuk sem 4. Woahhh.. Seakan tak percaya. Dah lebih separuh perjalanan di unimas. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Dapat habiskan belajar degan cemerlang. Aamiin. :)

Sepanjang cuti banyak ulang alik ke JB. Tu je lah. Tak ke mana pun. Dah ada kat JB tu melawat lah ke Taska As Sofea. Tempat di mana saya mencurahkan bakti sebagai cikgu taska. Memegang title 'Teacher Fathimah'. Comel tak comel tak. kihkihkih. Dah berapa bulan tak datang taska. Perubahan yang agak besar berlaku. Taska dah cat baru, cikgu cikgu dah ramai cikgu baru, anak-anak taska pun dah berubah dah. Yang dulu baby sekarang dah besar. Yang dulu jalan asyik jatuh jatuh sekarang dah berlari. Haaaa.. Cepat kan masa berlalu. Bila tengok dorang besar dengan begitu cepat, terasa macam tengok anak sendiri. Haha. Ok. Berangan.

Result sem lepas? Malas lah nak citer. Bukan 4.0 pun. Haha. Haritu angah dah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati. Nasib baik buat majlis sebelum saya balik unimas. Kalau buat time dah balik tak dapat la nak tengok, merasai kemeriahannya kan. Time angah bertunang ni lah nak kumpul sanak sedara yang ramai giler tu. Tu pun sedara sedara yang dekat je. Tapi tu pun pihak lelaki dah kata camni "Ramainya sedara Dijah" Diorang belum tengok lagi yang 2 pupu 3 pupu kupu kupu semua tu. Kalau berkumpul semua mau kena pasang 6 7 balai nanti. Haha. Dan dan tu jugak lah ramai yang bertanya kepada adik kepada gadis yang di pinang orang tu "Dah ada calon ke?" "Kau ni bila pulak nak bertunangnya?" "Haa,,kau bertunang cepat cepat, nanti majlis boleh sekali langsung je dengan angah". Korang nak tahu sape adik kepada gadis yang dipinang tu? Ehem,ehem..sape lagi. Orang yang dok mengetuk keyboard ni lah.Tiap kali orang tanya bila nak bertunang yang mampu dijawab hanya belajar lagi laa. Mak tak bagi kawin. hahaha. Ok yang tu tipu. Yang agak tak puas hatinya tu cara diorang tanya macam lah umur saya ni dah 30 ++ dah. Eh hello.. Saya baru 20 tahun 5 bulan 23 hari ok. Banyak lagi benda lain yang saya boleh fikir selain dari kawin kawin kawin. Walaupun kadang kadang terfikir gak. Wakakaka. Okay tak lawak.

Banyak dah merapu ni. Haha. Gara-gara nak register course tak dapat akhirya meluahkan segala cerita pada blog. Ok lah. Panjang sangat lah pulak. Nanti jumpa lagi eah. Bye. Take care. Assalamualaikum :)


Control ayu memasing. Hahaha.