Wednesday 24 August 2011

Atas Nama Cinta

Jumaat, 19/8/2011, 13:00...

Seperti biasa lah..dah pukul 1 tu, sy bukak la siaran kesukaanku..Nasyid TV..
Mcm biasa lah..pengacara die, Sufian Amrin akan cari n tanye beberapa org suka group nasyid mane n bla,bla,bla..
Mata sy pun dh mula la mengantuk..al-maklum la, waktu-waktu genting mcm tu..hihi..
Bila dengar je Aisyah(pengacara lg 1) ckp artis jemputan mnggu tu UNIC, terus segar mata saya..
Wahh..mmg minat sgt la dgn grup unic ni..
Sy pun terus la ikuti rancangan tu...Nak tau gak la ape perkembangan trbaru abg2 UNIC ni..hihi..
Lepas tu ade satu video yg dipaparkan oleh Nasyid TV..
Tajuk die "Atas Nama Cinta" didendngkan oleh UNIC..
Mmg best sgt la lagu ni..actually sume lagu2 UNIC mmg best pun..
Tapi x tau lah nape tertarik dgn lagu ni..
Lagu ni ada mesej yg tersendiri..

Hayati lah lagu and liriknye...

Paling best lirik lagu ni part yg ni:
"Biar sendiri hingga hujung nyawa..
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa.."

Cuba kita hayati lirik tu betul-betul..mmg betul pun ape yg lirik tu sebut..biarlah kita sendiri sampai mati pun xpe...asalkan kita x sepi dari kasih dan syg Allah..walau sehebat mana pun sesorang tu menyayangi kita, hebat lagi Allah yang sentiasa ada unuk kita..yang sentiasa mengawasi kita..Ayuh,, kejar cinta Allah..
Allah x perlukan kita..tapi kita perlukan Allah..

KEMANISAN BERMADU DUA

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya – "

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu 'Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan," jawab Fikri.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday 23 August 2011

..Aduh!! Liciknya..

~Kisah ini hanya rekaan..tp ade mesej yg perlu d sampaikan..
Brsame same kite ambil iktibar..~

Usrah wardatul shauqah berjalan seperti biasa pd ptg itu..
Alhamdulillah..usrah yang telah berjalan lebih kurang 2 bulan itu kian mendapat tempat d hati-hati ahli usrah...
Naqibah memulakan usrah seperti biasa..
Dalam ramai-ramai ahli usrah ni, ade seorang yang berpakaian lain dari yang lain..
Pakaian nye agak ketat dan tudungnya di selempang kan ke kiri dan kanan bahu..
Kirenye si dia ni berpakaian tidak mengikut piawaian Islam la..
Ramai yang sudah mencuba menasihati si dia ni agar berpakaian mengikut cara Islam..
Bukan di paksa untuk bertudung labuh, tapi cukup la sekadar melabuhkan tudung menutupi dada..memakai pakaian yang tidak ketat dan tidak jarang..
Alhamdulillah..sekurang-kurangnya sahabat-sahabat usrah mereka mampu untuk menegur si dia ni..tetapi mungkin si dia ni belum mendapat hidayah dari Allah S.W.T..
Allah ada berfirman dlm surah al-An'am ayat 125 yang bermaksud..
"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima Islam)..."

Berbeza pula dgn sahabat-sahabat yang lain yang mampu untuk bertudung labuh..siap dgn 'hand sock' lagi..
Kadang-kadang kita susah nak nampak kekhilafan si bertudung labuh kerana masing-masing berpendapat kalau dh bertudung labuh ni semestinya sudah faham tentang tuntutan menutup aurat dengan sempurna..
Dengan bangganya si bertudung labuh ni menarik 'hand sock' yang dipakai agar aurat lengannya tidak kelihatan walau seinci..
Syaitan mula masuk jarum.."tarik lagi depan sikit..diorang x nmpak kau pakai hand sock..kalau diorang dh nampak nnt mesti diorang puji kau mampu untuk tutup aurat dgn sempurna.."
Niat yang pada asalnya menutup aurat kerana Allah SWT telah bertukar kepada hendak mendapatkan pujian dari rakan-rakan sekeliling..
ALLAHUAKBAR..syaitan itu memang sangat licik..tidak berjaya untuk meyuruh muslimat itu membuka aurat..di hasut agar berpaling dari niat..

Pesanan buat muslimat, dikhususkan dulu kpd diri sendiri yg lemah lagi dhaif ini..sentiasa perbaharui niat kerana Allah..cabaran dalam bertudung labuh terasa lebih berat berbanding yang tidak menutup aurat dgn sempurna..setiap masa di ganggu dgn bisikan-bisikan halus yang dibisikkan oleh makhluk Allah yang inginkan temannya yang ramai di neraka..
Hanya kepada Allah aku berserah dan hanya kepadaNya aku memohon perlindungan...

Saturday 20 August 2011

..Malam Yang Dinanti..

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..Ini bermakne makin galak la corong-corong radio memutarkan lagu-lagu raye..mood raye dah datang la katekan..hihi..kalau waktu kecik-kecik ble dgr je lagu raye terus rase happy gler..mcm dunia ni saye yg pnye..nak nak kalau dengar lagu yg ni..
"Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perot kosong"...
Suke sgt ngan lagu ni...hihi..
Lagi satu yg pling happy ble dah hari-hari terakhir Ramadhan ni mak slalu bwk g shopping..sronok dpt cuci-cuci mata..tapi yg x bestnye org ramai yg keluar waktu akhir-akhir Ramadhan ni..fuhh..dugaan betul..dgn cuaca yg panas..pastu nmpak plak adik-adik yg 3,4 tahun yang dengan selambanye menyedut air..fuhh..Cobaan..

Tapi ni waktu kecik-kecik...ble dah besar sikit ni dah tau dah yg Ramadhan ni lagi best dari raye sebenanye..Lagi-lagi 10 hari terakhir Ramadhan..Sebab dlm bulan Ramadhan ade 1 malam yg lebih baik dari 1000 bulan..
Kalau 1000 bulan bape tahun ek?
Jap..masuk math sikit..hehe..
1 000/ 12 =83.33333..hehe..
Lebih kurang dalam 83 tahun 4 bulan..Fuyyooo...83 tahun eah..lame tu..
Umur kita pun entah smpai ke tak 83 tahun..huhu..

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apa malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan, sampai terbit fajar"  (Al-Qadr: 1-5)

Beruntung dan bertuahlah bagi orang yang sepenuhnya pada malam ini menghabiskan masa untuk menggapai pahala beribadah sebanyak 1000 bulan. Sesungguhnya anugerah yang diberikan Allah kepada orang-orang Islam yang taat, pada malam ini adalah merupakan suatu kurnia yang sangat besar. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a,
" Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda berkenaan malam ini :" Malam Qadr itu hanya dikurniakan Allah kepada umatku dan tidak kepada umat yang lain"

Ayuh..pertingkatkan amal di akhir Ramadhan..
Bukan lah bermaksud tidak langsung menyediakan persiapan untuk hari kemenangan..tapi berpada-padalah dalam menyelesaikan persiapan..
Bukan senang untuk mendapatkan malam tersebut..yang hanya muncul pada 1 malam yang dirahsiakan oleh Allah SWT bilakah kehadirannya..Kita kena mencari, mencari dan terus mencari..
Muhasabah diri sejenak..Masihkah ada Ramadhan untuk kita pada tahun-tahun hadapan?? Esok pun kita belum yakin akan diberi peluang oleh Allah untuk berlari menggapai redhaNya dan memohon keampunanNya..
Jadi..dengan kesempatan yang ada ni..kita cari malam itu..dapat atau tak,,hanya Allah yang tahu...

Wednesday 17 August 2011

..."KEHEBATAN AL QURAN"..

Bila tibanya bulan Ramadhan Al Mubarak sudah pasti umat Islam akan memperingati beberapa peristiwa sirah Islam yang berlaku di dalamnya yang merupakan peristiwa agung iaitu peristiwa turunnya kitab suci Al Quran Al Karim dan malam Lailatul Qadar.
Al Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannnya. Nuzul bererti turun atau berpindah manakala Al Quran bermakna bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana Al Quran itu untuk dibaca oleh umat Islam. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam Al Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jenayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
Peristiwa nuzul Al Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril. Dan ini ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud :
" Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah "
( Surah Al Baqarah : 185 )
Al Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Ia dinamakan mukjizat teragung kerana kehebatannya. Antaranya ialah :
1. Allah berfirman yang bermaksud :
" Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan mendapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka membantu sesama sendiri."
( Surah Al Isra' : 88 )
2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat Al Quran sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3. Al Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup umat Islam di dunia dan di akhirat
4. Tidak sesiapa pun samaada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai Al Quran. Firman Allah yang bermaksud :
" Dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah penolong-penolong kamu, selain Allah, sekiranya kamu orang yang benar."
( Surah Al Baqarah : 23 )
5. Al Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia Al Quran secara menyeluruh sehingga ke hari ini. Ini bererti kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan Al Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
7. Al Quran merupakan petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya terang. Allah berfirman yang bermaksud :
" Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa. "
( Surah Al Baqarah : 22 )
8. Membaca Al Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksudnya :
" Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. "
Sesungguhnya Al Quran mempunyai 3 hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya :
1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya
2. Hak untuk bertakbir atau memahaminya dan menjiwainya
3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya
Beberapa peringatan untuk kita bersama :
1. Al Quran diturunkan adalah untuk dibaca dan diamalkan bukan setakat dijadikan perhiasan
2. Al Quran tidak akan menjadi syifa' ( ubat ) bagi orang-orang yang ingkar dan zalim
3. Al Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang bertaqwa.
4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah Al Quran dengan izin Allah
5. Pesan Nabi Muhammad S.A.W :
" Aku tinggalkan 2 perkara yang jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan sunnahku. "

Tuesday 16 August 2011

...Ketika Cinta Bertasbih...

Alamak..ade pasal cinta lar...
Dah kenape die ni tetibe je nak tulis pasal cinta lak ni??
Sakit ke ape??

Hehehe..x de pape..saje je nak tulis...
But, don't worry..this love story is not the same as neither 'Titanic' nor 'Romeo and Juliet'..
This story is about.......
Jeng jeng jeng...
Pasal ape ek?
Pasal cinta kita dgn Dia..
Eh..jap jap..sape Dia ni??
alaa...x kan x tau..Dia ni lah yang Maha Hebat..
Tiada satu pun yang mampu menandingi Dia..
Dah tau sape?
Yes,,correct,,exactly..10 markah untuk anda..

Hemm..Dialah khaliq kita..yang menciptakan kita..
Allah swt...
Allah menciptakan kita untuk menjadi hamba kepadaNya dan pada masa yang sama as khalifah di muka bumi  ini..

Hanya rasa cinta kpd Allah yg boleh membuat kita bahagia..bukan la saye nak kate yang cinta manusia ni tak bahagia..
tapi cinta yang teragung hanyalah pada Allah..
Bile kita cintakan Allah..Allah akan masukkan rasa cinta kita ni pada hamba-hambanya yang lain..

Haa..dari itu akan berputik la cinta dan kasih sayang kita pada ibu bapa kita, sahabat-sahabat kita dan x lupa juga cinta antara ar-rijal dn an-nisa'..

Owh..maknenye rasa cinta kepada ajnabi ni Allah la yang hadirkan dalam hati..
Yupp..segala-gala yang berlaku pada kita..semua Allah yang tentukan..
Tapi..kita kena ingat..perasaan cinta yang hadir itu hanyalah ujian kepada kita sejauh mana kita cintakan Dia..
adakah dengan hadirnya perasaan cinta kpd dia mampu menandingi cinta kita kpd Dia??

Tepuk dada tanya iman...
Renung-renungkan dan selamat beramal...

Cinta mana yang nak kita kejar..
Kalau kita kejar cinta dia..cinta Dia x tau la kita dpt ke x..
Tapi kalau kita kejar cinta Dia..dengan izinNya cinta dia juga akan kita dapat..

"Kejar lah akhirat nescaya dunia akan mengikutimu"..

Salam terbaik umat..


Manisnya Ukhuwah...

Kali ni pun nk citer pasal sahabat2 saye gak..
Mereka2 ni sy kenal waktu join usrah...
Betul la ape yg dikata bile bersahabat kerana Allah terasa manisnya..
Jadi, rasanye mmg manis..saye sudah rase..anda bile lagi??...hehehe...

Hayati lirik lagu ni..


Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Segala-galanya indah bile luangkan masa bersama hanya untuk menggapai redha Allah...

Sahabatku..
Masih segar d ingatan..
Kenangan bersama sewaktu suka dan duka..
Berlari menggapai cita-cita..
Yang terjatuh kita bangunkan bersama..
Yang terlena kita bangkitkan bersama..
Tiada lain yang dicari..
Hanya redha Ilahi...
Impianku..seandainya tiada jodoh untuk kita berjumpa d dunia..
Ku brharap agar kita dpt brjumpa d syurga..
Berlari bersama di sana nanti...
InsyaAllah...

Rehlah bersama Ummi Cu di Gunung Ledang

..ISK..



dari kiri: lyana, ain, saye n eliya

Fasi KBM di MRSM Muar

with ummi Dina n family

ain n ummi dina

..::Afifah::..

ain, naz elia, saye, afifah

Fasi JJB di SMKBM

Di sebalik rimbunan..

Jom Jadi Bijak!!

farah n ain


khuzaimah..



hari-hari terakhir di KMJ







Monday 15 August 2011

Life at matrics

Pejam celik pejam celik dah pun lebih kurang 3 bulan sy tinggalkan Kolej Matrikulasi Johor..
Kejap je dah abes matrik..Rindu la...~tetibe~

Hehe..waktu kat matrik terpikir gak ble la agaknye nk abes ni..tp ble dh abes rindu lak ngan kwn2..especially kwn2 praktikum hayat 33..

Ble ingat balik mcm mne first time jumpe ngan diorang rase kelakar plak..hehe..
Masing-masing dgn ragam yg trsendiri..

Fida-teringat gelaran 'ranting' tu..
Azura-mke ala-ala chinese
Adibah-mmg seorang yg gler-gler..
Ain Ilyani-tutor math saye..
Naina Natasya-budak pandai ni..
Shikin-shikin 'she kings' ni lg pndai...4 flat je memanjang..hihi..
Hajar-x tau la nk ckp pe..hehe..
Wajihah-diam-diam ubi berisi..
Afiqah-matured kot die ni...
Nik suzana-ganu kite
Hazimah-best fren una...
Ruhaidah- 'ai'..emm..ape ek psl die ni??..haa..best fren zati...
Ezzati-semestinye best fren ai..Mr.Liew pnggil die ni ape ek???..owh..da ingat..datin..hihi
Ainaa-artist..woww.glamour gitu..hihi
Azrena-sangat2 pendiam..tapi ble bersuara.........hehehe..
Voon-...........pandai gak die ni......
Vanessa-..ok..die ni paling blurr...hehe..sorry..gurau2 jek...
kak yana- pling tua dlm klas kitorang ~ex-pdt~

Aikk..x kan sume pempuan..x kan x de kumbang dlm klas ni???

hehe..ade..tapi jumlah nye..sgt la sikit..bayangkan lah..nisbah lelaki:perempuan ni mcm ni 1:5
Lebih kurang la..

Let's know them..

Fendi-ketua praktikum yg emmmm..x tau la mcm mne nk describe die ni..hehe..
Ruzaini-ceti klas ni..asyik2 nk mntak duet...sakit hati je..
Syawal- adela rupe hindustan sikit..
Lee-pujaan hati setiap 'bunga2' kat dlam klas ni..(jgn bngge sgt ye Lee)..hehe..

Ehh..jap2..ni baru ade 22 org..sape lg sorg ek??..
Hahah..saye la org ke 23 tu....nothing special about me..hanye sekadar penyibuk je kat klas ni...hehe...

Kepada korang sume dak2 praktikum hayat 33 KMJ 2010/2011..aku nk mtk maaf la klau entri yg ni menyemakkan korang..hehe..sori sgt sbb ape2 event reunion yg korang buat aku x dpt join..sbb korg phm2 sendiri la eah..=)..

Tapi...series ni aku nk ckp..yg aku rindu kat korang sebenanye..hehe..rndu nk buat BBQ same2 lg..
Gud luck korang utk life yg lbih mncabar d universiti nnti ye..
Jgn lupe aku tau..hihi...

bunga-bunga h33

birthday party zai n naina

wajah-wajah ceria H33

..saje je..

Raya time!!!

hahah..x de keje..

Rindu korang


Geng hitam..hihi..

model pokok..me n hazimah

It's biology time..

With Puan Adeela...

me n azrena

With sir mazlan

Semoga berjaya korang..semoga kita dpt jumpe lg 1 hari nnt..

...Hati oh hati...


Aduh..bile tgk org baik2 ni rse tertarik plak..Astaghfirullahalazim...

Hmm..pnah x sahabat2 berada dlm situasi cmni?..Rsenye sume pernah kot..Kalau yg x pnah tu mmg baik la kan..Alhamdulillah...
Memang lumrah manusia wujudnye perasaan ingin menyayangi dan disayangi...
Tapi apa kite nk buat kalau kite berada d situasi cmni???
Any idea?..Hehe..senang je..Istighfar la bnyk2..=)..
Tapi cukup ke dgn istighfar je? Dapat ke kite bendung perasaan kite tu? Apa kita nak wat kalau dah istighfar bnyk2 pn msih x bleh nk mmbendung perasaan kita tu..Al maklum lah kan kerja syaitan nak menghasut kita supaya lalai dari mengingati Khaliq kita kan..Nanti bila dah lupa kan si idaman hati tu, ade je suare2 halus bisik kat telinga kita
"eh, baiknye die tu..hormat org tua.."
"comelnye die ni, ble tgk muke die ni rse tenang la.."
"Akhi ni slalu jdi imam kat surau kg sebelah..suare die alunkan ayat al-Quran pn merdu je.."
Hmmm..mcm2 la bisikan2 yg senantiasa hadir kat telinga n hati kita ni kan..Elok2 kita lupa kat si dia ni tetibe teringat lak kebaikan2 die...

Siapa yang x nak kalau dapat pasangan yang soleh ni kan..Ana pn nak gak..hehe..Kite selalu dgr org2 tua selalu ckp..
"kak kalau nk crik jodoh, carik yang x tinggal sembahyang..yg hormat org tua.." Mcm2 lg la nasihat yg diberikan..Tapi boleh ke kita dapat yang soleh kalau diri kita x solehah..boleh ke kita dpt yg hormat org tua kalau kita sendiri x hormat ibu ayah kita...???? Tepuk dada tanye iman...

Dalam surah an-Nur ayat 26, Allah berfirman yang bermaksud..
"Perempuan-perempuan yang keji utk laki-laki yg keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).." 

Hmm..Allah pun dah janjikan yang baik utk yang baik..Jadi apa tunggu lagi Jom jadi baik..ataupun jom jadi soleh/solehah..(^_^)

Ni lagi ajaib dari yg tadi..hihi..

cara ingin mencari mukasurat juzuk dengan mudah dgn menggunakan formula :

(no juzuk - 1) x 2
tambah dengan angka 2
contoh :
nak cari juzuk 21,
21 - 1 = 20 x 2 = 40
tambah angka 2 dibelakang = 402 ---> juzuk 21 ade di m/s 402



contoh lg..
nak cari juzuk 26,
(26-1)x2 = 50,
tambah angka 2 dibelakang=502..---> juzuk 26 ade m/s 502..


x caye??
ce cube n cek la al-Quran anda...
Semoga berjaya..

Pengiraan yg Ajaib,.jom try test,.

owh...ok..ajaib ke??x de la ajaib sangat..cme..terkejut je mcm mne bleh jd cmni ek?
Nak tau ape..ce cube..hihi..

• Msukkn 3 no 1st hp anda tu (bknnye 012,016 @ 019)
ke kalkulator.
...• Darab dgn 80
• Tmbh 1
......• Darab dgn 250
• Cmpurkn 4 nmbor last hp anda
• Skali lgi cmpurkn 4 nmbor trakhir td
• Tolak 250
• Bhgi dgn 2

haaa...dpt x??
Nombor yg kuar tu adelah nombor fon kite..
kalau x dpt tu msti ade something wrong somewhere..hoho..
Just for fun...=)

Tuesday 9 August 2011

Jom blaja math..^^

Assalamualaikum anak-anak murid sume! ngee~~ Saya sebagai seorang yang bercita-cita (dulu) untuk menjadi seorang cikgu Matematik, tapi sayangnya tak kesampaian... sob3.

Tapi hari ini saya nak jugak mengajar subjek Matematik! Saya rasa bab ni penting sangat untuk anak-anak murid sume aplikasikan di masa hadapan. Tapi jangan risau, bab ni senang jer, dan menarik. Cikgu yang tak bert...auliah cam saya pun boleh ajar.. hehehe. Jadi sume pelajar sila baca surah al-Fatihah dan doa belajar dulu, sebelum kita mulakan okeh?

Okeh, tajuk bab yang akan cikgu ajar hari ni adalah; Aplikasi Darab dalam Kehidupan!

Orait, subtopik yang pertama dalam bab ini adalah Perbezaan Nilai Solat Sendirian dan Berjemaah. Solat kat mana? kat mana-mana je pun boleh. Rukun solat sama je, sama ada buat sendiri atau berjemaah. Tempoh dia pun lebih kurang sama. Cuma kalau buat berjemaah, lagi best kan?

Untuk subtopik ini, hanya formula di bawah ni jer yang akan kita gunakan;

Formula;

Solat sendirian = RM1,

Solat berjemaah = RM27

Haa, nampak tak beza 'gaji' dia? Tak banyak pun kan? RM26 jer pun.. Tapi itu baru satu waktu! Jadi, jom kita darabkan dengan 5 kali setiap hari pulak;

Sehari;

5 kali X RM1 = RM5,

5 kali X RM27 = RM135 (beza 130)

Waaa, banyakkan beza?? Yang solat sendirian dapat RM5 jer sehari (kalau tak ponteng:). Tapi kalau yang berjemaah, boleh dapat sehingga RM135 seorang! Boleh beli kasut futsal Adidas F50 kot. Hehe. Okeh, sekarang kita darabkan dengan sebulan lak;

Sebulan;

30 hari X RM5 = RM150

30 hari X RM135 = RM4,050 (beza 3,900)

Whoooaaa!! Boleh dapat sampai RM4,050 tuu, kalah gaji bulanan Arkitek! Selamba je boleh angkat DSLR Canon 60D. Kalau tambah lagi seribu, dah boleh pergi umrah, kan? Mesti kita dah tak tengok yang RM150 tu je kan? Takat duit minyak kereta balik Kota Bharu - Johor Bahru boleh la. Hoho. Siapa la yang nak gaji kecik kan?

Haaa, sekarang kita tengok berapa lak kita boleh kumpul dalam setahun;]

Setahun;

12 bulan X RM150 = RM1,800

12 bulan X RM4,050 = RM48,600 (beza 46,800)

Perghhhhh!! Dekat RM50 ribu beb! Itupun belum termasuk solat-solat sunat lagi. Dah boleh angkat kereta Persona cash kot. Ke nak RM1800 je setahun? Hehe..

Ok la, let's be realistic; mungkin tak semua waktu kita dapat berjemaah. Sebab tak sempat dan sebagainya. Mungkin average 3-4 kali je sehari. So, mungkin boleh dapat dekat RM30-40 ribu lebih je .. Tapi kita masih ada bonus dan overtime! Bonus tu adalah seperti solat-solat sunat Rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu). Dan overtime lak seperti solat malam. Jadi, kita masih mampu dapatkan sehingga RM50 ribu setahun!!

Dan bayangkan berapa juta ringgit kita boleh kumpul sepanjang hayat kita... Fuh, lumayan kan?

Eh kejap (o_0), ganjaran solat ni dalam bentuk wang ringgit ke? Buat ape duit banyak-banyak kat akhirat nanti?

Dengan 'duit' bekal yang kita ada ini la akan menjadi sumber kekayaan dan kenikmatan hidup di akhirat nanti. Berapa banyak 'duit' yang kita kumpul akan menentukan tangga syurga yang akan kita diami. Dan harus kita ingat; jika 'duit' kita lebih banyak dari 'hutang' yang kita ada, barulah layak kita diterima ke syurga Allah! InsyaAllah..

Istilah 'duit' ini hanyalah manafestasi akan ganjaran yang Allah janji di akhirat kelak. Malah ia jaaaauuuh lebih berharga dari duit - langsung tak terjangkau dek akal, akan bentuk ganjaran yang Allah nantikan buat kita.

Jadi, jom sesame start kumpul 'duit' banyak-banyak!! :)) selamat beramal ^___^

Selamat Berjaya Kakak Saya

"Belajar elok-elok, nanti jdik nurse yg baik"..
Ni lah pesan mak abah pada angah waktu mula2 daftar kat Kolej Kejururawatan Kuantan...
Tapi ni 3 tahun lepas..skarang ni Alhamdulillah angah dah brjaye lulus n dah pun mle brtugas di Hospital Sultanah Aminah, JB...starting from yesterday...
Lepas abes dari blajar di Kuantan, angah duk kat rumah je..tolong mak jge anas n selalu kemas rumah..
Agak lame la angah duk kat rumah..dlm 2 bulan lebih..
Hari ahad aritu, angah ikut along balik JB sbb  semalam (isnin) die kena lapor diri kat Wisma Persekutuan..
Semalam gak la dpt tahu angah kne brtugas d HSA..Mak n abah harap sgt angah dpt brtugas kt Segamat..tp bkn rezeki angah nk brbakti pd org2 segamat..hurmmm..xpela...
Suasana sunyi menyelubungi kami sekeluarga waktu brbuka semalam....T_T..
Huhuhu...sedih plak tetibe...
Ye la dah tinggal 4 org je kat rumah..mak, abah, kakcik(saye) n adik...
Nnt ble kakcik dh g smbung blaja lagi la sunyi rumah..3 org je..huhuhu..
Tp xpe..tnggungjawab kami adk beradik prlu dteruskan utk membela nasib keluarga...~cehh, ayt mcm nk mntak smpati je~..hihihi...
Ermmm..bkn la mntak simpati tp mmg kami adk bradk kne berusaha utk balas balik jasa mak abah yang dh besarkan kami...
Walau sebesar mane pun gaji kami..masih x mampu utk balas jasa mak abah yang berhempas pulas membesarkan kami 4 org...

Jadi kepada along, angah..selamat brjaye dalam kerjaya anda..semoga dpt jdi contoh yang baik untuk kakcik n adik...

Kakcik syg semua...=)

                            Ni la angah..my one and only sister....


Cantik kn?..hihi..tp adik die lg cntik...huhu...=D

Monday 8 August 2011

Wanita wajib tahu!!!


12 Aurat Wanita
1. Bulu Kening
Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32.

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. 

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim

Sempena bulan Ramadhan ini..mari kita muhasabah diri..layakkah kita bergelar muslimah sejati penghuni syurga seandainya diri kita masih lagi alpa dan leka..

Ayuh mulakan perubahan di bulan yang mulia ini...semoga kita semua istiqamah semasa d bulan Ramadhan ini dan istiqamah pada bulan-bulan seterusnya..

~Renungan bersama..peringatan untuk diri sendiri yang lebih lemah dari yang lain~

Sibuk..

Errmmm...sibuk?..
Ape yg sibuk??
Sibuk dgn urusan kerja, sibuk dgn melayan kerenah org yg x bape nk penting @ sibuk dgn facebook?..
Huhuhu...
Tepuk dada tanye iman kita..
Tanye pada diri, kita sibuk dengan apa??

Bila sudah ada jawapan...muhasabah diri kita..
Berapa banyak masa yang Allah bagi kita ni kita sibukkan dgn mengingati Dia??
Berapa kali sehari kita selawat ke atas junjungan mulia kita..Nabi Muhammad S.A.W??
Bandingkan dengan segala urusan dunia yang kita lakukan tiap2 hari..

Renung-renungkan...=)
Semoga diri kita sibuk dgn urusan yang akan membawa kita ke syurga Allah...
Seandainya semua urusan yang kita lakukan diniatkan kerana Allah..
InsyaAllah..segalanya akan dibalas oleh Allah..

Berpeganglah pada ayat 30 surah al-Kahfi yang bermaksud:
"Sungguh, mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan, Kami benar-benar tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu."..

~asif  'ala kulli hal~..

Sebulan lagi..=)

~Bismillahirrahmanirrahim~

Sebulan lagi bakal  membelah awan nan biru..menggapai cita-cita menjadi kebanggaan ibu bapa..Walau berat rasa hati..tapi terpaksa redha dgn jalan yang dipilih..
InsyaAllah..apa yang kita peroleh itu adalah yang terbaik buat kita..Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
Demi agama, bangsa dan negara..segala perasaan khuatir ditolak tepi..
Allah akan bersama orang-orang yang berjihad di jalanNya..
Mohon doa-doa dari orang-orang yang tersayang agar dipermudahkan segala urusan, istiqamah dalam setiap perjalanan..
Perjalanan menuju kejayaan dunia dan akhirat..
UNIMAS..tunggu aku sebulan lagi...InsyaAllah..=)

Shoutul Jihad

~Bismillahirrahmanirrahim~..
Assalamualaikum...
Shoutul jihad mula bersuara...
Bukan hendak mengutuk atau mengata..
Tetapi ingin meluah apa yang dirasa..

Sebelum luka menjadi parah..
Sebelum keadaan berpecah belah..
Baik kita atur langkah..
Berjihad di jalan Allah..

Alangkah indah andai semua bersatu..
Menerap langkah yang kuat padu..
Menentang kemungkaran yang sering berlaku..

Ayuh mujahid/mujahidah bangkitlah..
Bangkit menegakkan agama Allah..
Jangan gentar arau resah..
Shoutul jihad tidak gundah..

~Bersama menggapai redha Allah~