Friday 20 December 2013

Done 5, 1 more to go :)

Assalamualaikum. Alhamdulillah dapat jugak jumpa lagi kan. Apa khabar iman anda? Harap-harap sihat dan makin meningkat lah iman nya ye. 

Done 5, 1 more to go. Yup. Alhamdulillah. Hari ni tamat lah minggu kuliah semester 5. Dah masuk minggu study week. First paper will be on 4th January. Ya Allah. Masa sangat pantas berlalu. Perasan macam baru je masuk UNIMAS ni. Pejam celik pejam celik, nak habis dah. Semoga sem ni lebih baik dari sem-sem lepas. 

Rabu haritu (18 Disember) hari terakhir fieldwork. Oh lupa. Tak pernah langsung cerita pasal filedwork kan? Fieldwork ni kerja lapangan. Setiap minggu (Rabu) kitorang akan pergi ke setiap agensi untuk praktikal. Sepanjang 12 minggu. Dapat kat Rumah Seri Kenangan Kuching. Alhamdulillah. Pengalaman yang sangat berharga. Dapat kenal dengan macam-macam orang. Especially nenek-nenek yang kat sana. Mereka semua sangat baik. Ada yang macam budak-budak pun ada. Hehe. Al kisah ter rapat dengan seorang nenek ni. Dia sakit Hemiplegia. Jadi dia tak dapat nak bergerak sangat. Kalau nak mandi ke pergi mana-mana ke, kena pakai kerusi roda dengan bantuan pekerja-pekerja RSK. Minggu pertama kenal dia, memang tak mampu pun nak bantu dia bergerak dari katil ke wheel chair. Kebetulan nenek-nenek ni ada kelas agama setiap Rabu, jadi dapat lah bantu sikit-sikit tolakkan dia ke surau. *Orang yang sakit pun masih mampu nak ke surau menuntut ilmu agama. Kita yang sihat ni? Tepuk dada tanya iman*. Balik dari surau, aku perati je cara ada sorang budak PKM ni angkat nenek ni. Ya Allah. Kagum. Dia sorang je angkat nenek tu dari wheel chair ke katil. Jealous pun ada gak. Nenek tu badannya agak berisi lah. Next week nya, sampai-sampai je kat RSK, staf RSK suruh aku and kawan aku hantar nenek-nenek tu ke surau. Kebetulan pulak budak PKM tu tak de. Jadi aku lah yang kena angkat nenek tu ke surau. First time ni nak angkat nenek tu. Serius takut. Buatnya nenek tu terjatuh ke, naya aku. Aku pun tawakkal je lah. Alhamdulillah Allah bantu. Berjaya jugak aku bantu nenek tu. Start dari hari tu, aku secara rasminya menjadi pengangkat nenek tu. *Tak payah nak rasmi sangat lah*

Sampai lah pada hari kejadian (18/12). Hari terakhir aku boleh bantu nenek tu. Nak tau nenek tu cakap apa. "Hari tok lah last mek nyusahkan kitak ti"
-Hari ni lah hari terakhir nenek susahkan siti-
Terus bergenang air mata aku. Tak mampu nak luah sepatah kata pun. Ya Allah. Nenek tu ingat aku terbeban dengan dia setiap minggu waktu aku datang situ. Demi Allah sikit pun aku tak rasa terbeban. Aku bantu dengan rela hati. Aku anggap dia macam nenek aku sendiri. Hari terakhir tu boleh kata ber jam jam jugak la aku lepak kat katil dia. Dengar dia cerita walaupun cerita tu dia dah pernah cerita. Disebabkan kitorang nak balik awal hari last tu, pukul 12.30 lebih aku pergi balik kat katil nenek tu. Cepat-cepat sebab takut nenek tu dah solat zohor pulak. Aku tengok dia dah ready dengan telekung and dah siap amek wuduk. *Nenek ni sakit tapi masih jugak solat. Awal waktu dah ready nak solat. Kita yang sihat ni?* Aku pun datang kat dia. Dia tau aku datang waktu tu sebab nak ucap selamat tinggal kat dia. *Tak boleh blah ucap selamat tinggal*. Aku pun terus salam dia, peluk dia. Air mata memang tak boleh tahan lagi dah. Nenek tu pun sama nangis jugak. Dia siap mintak maaf sebab dia dah susahkan aku setiap minggu. Lagi lah aku tak boleh tahan air mata. Bila dah ok sikit, aku terus pakaikan dia telekung. Siap-siapkan dia nak solat. Lepas tu aku pun jumpa  nenek-nenek lain and terus lah balik. 

Nenek ni klien aku sebenarnya. Aku bawak kisah dia untuk dibentang dalam kelas. Kisah hidup yang sangat sedih. Setiap nenek-nenek yang ada kat RSK tu ada cerita lain-lain. Simpati pada nasib mereka yang ditinggalkan di RSK. Jadi kepada sesiapa yang masih ada mak ayah, tolong lah jaga diorang elok-elok. Sihat ke tidak ke, ingat, diorang lah yang besarkan kita, beri makan pakai pada kita. Basuh kencing berak kita. Peneman bila kita sunyi penghibur di kala sepi. Setiap solat, jangan lupa doakan mereka. Semoga aku mampu untuk menjaga mereka hingga hujung nyawa. Aamiin.

Ok lah. Sampai sini je kali ni. Nak tidoq sudah. Esok nak teman Nabeela pergi shopping therapy dengan anak-anak RKK ( Rumah Kanak-Kanak). Jaga iman, jaga hati. Jaga diri, hiasi peribadi. Salam sayang dari Mujahidah Solehah. :)

Friday 13 December 2013

Berhabuk

Assalamualaikum. Apa khabar? Blog ni dah sangat lama tidak di hapdate. Aherherher. Ke busy an dan ke malas an dan ke tiada an ke cerita an. I'm at the end of my semester 5. Alhamdulillah. Menghitung bulan nak habes kan my first degree. This semester is quite hectic for me. Imagine how am i gonna manage my study schedule with 26 credit hours? Actually untuk final exam 20 credit hrs je. 6 credit hrs tu fyp. Tapi kat UNIMAS kitorang panggil PTA. Haa.. Talk about my PTA, I'm doing a research on homeless people. My supervisor tanya kenapa minat nak kaji pasal homeless. Hurm. Entah lah. Berminat nak kaji golongan yang left out ni. Kita selalu terlepas pandang pada golongan-golongan yang macam ni. And sometimes we simply judging them as golongan yang malas bekerja. But actually we don't even know what is really happen in their life. My supervisor is someone from UK. Dapat tak bayangkan cemana aku nak communicate dengan dia? Haha. English aku pun biasa-biasa je. Tapi tak pe. Ni lah peluang nak baiki english aku kan. Oh my english! Harharhar. Doakan kamek k :)

Tiket balik bulan 1 dah beli. Menghitung hari jugak ni nak balik. Semester ni memang tak de balik waktu cuti mid sem. Bayang kan dah berapa bulan tak dapat tengok muka mak abah. Rindu yang sangat sampai nak meletup dah ni. Raya haji haritu pun sambut kat sini (Sarawak) je dengan kawan-kawan.

Baru-baru ni musibah melanda kawasan pantai timur kan. And some part of Johore. Alhamdulillah my house tak kena banjir. For those yang ditimpa musibah ni banyakkan bersabar ye. Allah datangkan ujian yang macam ni sebab Allah tahu kamu semua mampu menghadapinya. Pasti ada kebaikan di setiap yang berlaku. Andddd last story for this entry, I would like to congratulate my cousin yang selamat di ijab qabulkan dengan gadis pilihan. Kamarul Ariffin dan Suraya Amir. Maaf tak dapat attend wedding korang. Semoga kekal hingga syurga :)

* Fall in love with his voice and the way he strum the guitar. Check this out!


Suka tengok orang main gitar. Huhu. Siapakah gerangan orang ni eah. Tak pe la. Whoever he is, I like his way. So cool. Tapi tak de lah suka sampai *oh abang, can you be my man?* Ish ish.. Tak de lah sampai cemtu. Suka tengok dia nyanyi+main gitar je. 

Ok lah. Sampai sini je kali ni. Jumpa lagi bila berkesempatan :)
Assalamualaikum..



Friday 29 March 2013

My life as Social Work student.(1)

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah dapat jugak kita jumpa lagi kan? Sihat? Kalau sihat Alhamdulillah. Kalau tak sihat,,syafakumullah.

Now dah nak masuk minggu 7 sem 2 2013/2014. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Atas segala kemudahan yang Allah dah berikan sepanjang saya hidup, sepanjang saya belajar di Unimas. Tapi bila dah masuk sem 4 ni, saya rasa macam saya tak tahu saya belajar apa sepanjang kat sini. Itu teruk. Dan sangat teruk. Astaghfirullah. Huhu. Hmm. Bukan laa tak de belajar apa-apa. Cuma mungkin disebabkan setiap semester pembelajaran nya lain lain. Ada kaitan tapi tak semuanya berkait. Mungkin sebab itu cepat sangat lupa apa yang saya belajar. Tapi yang tetap ingat dalam kepala teori itu teori ini. Nama -nama yang waktu sem 1 tu rasa pelik je dengar sekarang dah tak asing lagi. Hehe.

Bila cakap pasal SOCIAL WORK orang ramai akan tanya saya apa tu social work? Kalau nak translate kan dari engliziah ke malayuwiyah maknanya Khidmat Sosial. Tapi jangan la dok tafsir khidmat sosial ni sebagai suatu yang negatif. Pantang dengar perkataan sosial. Semua nak fikir yang buruk. Please positive. Senang cerita khidmat sosial ni berkenaan dengan masyarakat. Isu-isu yang sering berlaku dalam masyarakat. Sememangnya ini bukan perkara mudah. Kami mengkaji manusia. Manusia ada macam-macam sifat. Jadi amatlah susah kita nak belajar.

Kebanyakan makcik-makcik dan pakcik-pakcik di luar sana, kalau kata social work/khidmat sosial semua blur. Semua tak tahu. Yang tahu medic, engineering, medic dan engineering lagi. Kos yang macam kami-kami amek ni belum tentu diorang tahu unless diorang ni memang social worker. Kat Malaysia memang kursus ni macam ada tak de je. Tapi sebenarnya memang ada Malaysian Association of Social Workers . Kalau negara sebelah sana memang kursus ni sebagai satu kursus yang orang pandang mulia..sebab kita bekerja untuk masyarakat, banyak tolong orang.

Persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Yang sering berada di benak fikiran manusia-manusia yang jarang dengar tentang khidmat sosial ni. Dah habis nanti nak jadi apa? Kerja apa nanti? Ada ke kerja untuk kursus kau ni nanti? Hurmmm.. Diorang ni memang terlalu ambil berat pasal saya kan. Saya kerja apa pun diorang sibuk nak tahu. Ini jawapan saya bagi persoalan di atas. Saya nak jadi hamba Allah yang sentiasa patuh pada perintahNya. Jadi mukminah solehah. Anak yang menyenangkan hati ibu bapa saya, isteri yang solehah buat suami saya dan ibu mithali kepada anak-anak saya. Hmm 2 yang terakhir tu hanya angan-angan. hehe. Kalau boleh la saya jawab macam ni dekat makcik dan pakcik yang bertanya tu kompom kena sepak free. Hehe.. Ok. Serius mood. Hmm. Social work ni banyak bidang yang boleh kita masuk. Nak kerja kat hospital boleh, kat mahkamah boleh, kat JKM boleh, kat agensi-agensi boleh. Pokoknya semua boleh laa. InsyaAllah. Yang penting ada skill yang bersesuaian. Cara kita nak handle masalah klien kena sesuai. Emosi kena kawal. Tak boleh judge orang sesuka hati.

Tu laa sedikit sebanyak pasal social work ni. Banyak lagi yang saya nak cerita. Tapi malas nak fikir ayat yang gempak. *gempak lah sangat*. Sampai sini je laa dulu. Nsnti saya sambung eah. Akan menyusul part 2 3 4 5 6 7 dan seterusnya. *kalau saya mampu*. Hihihi.. Ok bye. Ngantukss. Jaga iman jaga amal. Jaga diri hiasi peribadi. Salam sayang dari mujahidah solehah. Assalamualaikum :)


*sabtu ni balik segamat. Yeayyyy. Happy me*

Saturday 16 March 2013

Aku rindu dia.

Assalamualaikum wbt. Mood malam ni rindu membuak -buak. Rindu pada keluarga tu sentiasa. Tapi malam ni rasa rindu sangat pada my best fren forever till jannah. Munirah. Aku rindu kau lah. Huhu. Menitis air mata tengok gamba kau. Mun.. bila nak jumpa ni. Lama dah kita tak jumpa kan. Aku rasa last kita jumpa waktu..........hurmm...waktu cuti sem bulan 1 tahun lepas kot. TAHUN LEPAS Mun. Lama gila tu.

Bila ingat balik kenangan waktu sekolah dulu best je rasa. Kenal kau waktu form 4. Maklum lah aku budak baru kat STS waktu tu. Aku pun tak ingat camna kita boleh rapat. Hehe. Waktu form 4 lah kan kau couple dengan tutt.. Hehe. Kau pernah tanya aku camna si tutt tu kan sebab kitorang sama-sama sekolah Seri Kenangan dulu. Hehe. Aku tak ingat sangat lah kenangan waktu form 4.

Masuk form 5 kita sama-sama jadi pengawas. Aku exco blok. Aku yang susun jadual sape yang kena jaga gate belakang, gate depan, blok, kantin semua. Hehe. Aku selalu letak kau kat pagar belakang kan. Kau ingat tak kau selalu jaga gate belakang dengan Khairi. Hehe. Lepas tu time perhimpunan bila aku ronda-ronda blok, aku selalu lepak dengan korang kan. Hehe. Salah guna kuasa. Haha. Time kelas kimia kau selalu kena usik dengan cikgu Eton. Kau ingat tak insiden glass tube terbakar sampai nak meletup camtu. Tak lama lepas tu kes tong sampah terbakar belakang cikgu Eton. Piah yang nampak tong sampah tu terbakar. Hahaha. Aku tak berhenti gelak bila ingat balik. Kau selalu jugak lah kan tidur rumah aku time ada tuisyen kat Teroka. Huuu.. Rindu lah time tu semua Mun. Waktu SPM kita selalu pergi library yang kat Segamat Baru tu kan. Waktu aku couple dengan tett pun kau yang tahu and waktu aku clash dengan dia pun kau jugak yang tahu. Walaupun ada orang lain yang dah beritahu kau dulu. Rasa malu pulak bila ingat balik yang aku pernah couple waktu dulu-dulu. Ish ish ish. Tak matang lagi waktu tu. Hehe.

Lepas SPM waktu aku kerja kat terminal ada jugak lah kau datang kan. Kita pergi karoks sesama. Disebabkan kita ni kawan sejati, kau dengan aku dapat PLKN kan. Tapi yang tak bestnya kita tak satu kem. Aku kat Muadzam, kau kat Kluang. Time hujung minggu aku dapat fon, aku call kau. Aku ngadu kat kau yang aku nak balik. Tak nak duduk kem sebab ada macam-macam kes horror kan. Lepas tu kita dapat masuk matrik sama-sama. Tapi kita tak satu kelas. Kau dapat satu kelas dengan Piah. Aku dapat satu kuliah dengan Kinah je. Tapi aku kan jadi penetap haram dalam bilik kau. Walaupun blok kau horror, tapi aku selesa sebab aku dapat duduk study dengan kau. Hehehe. Mun. Aku nak admit ni. Sebenarnya kan, aku pernah terjeles tengok kau rapat dengan Hasya. Waktu tu kita nak pergi bazaar nak beli makanan untuk berbuka, dah siap-siap nak turun, lepas tu kau terus jalan dengan Hasya. Terus mood aku hilang nak pergi bazaar. Tapi aku pergi jugak ikut Zana, Ecah, Sara. Huhu. Betapa tak matang nya waktu tu. Hehehehe. Waktu study week kat KMJ kau selalu ajar aku. Kimia, biology. Especially bio lah. Sebab aku memang tak minat bio. Huhu. Bila result UPU keluar, kita tak sama U.. Huhu.. Sedih kot waktu tu. Sebab aku kena terbang, kau naik bas je boleh sampai kan. Huhu. Kau dapat buat course yang kau nak. Tapi kau tak dapat buat kat Uni yang kau nak. Aku ingat lagi, kau nak masuk USM kan. Tapi kau dapat UiTM Puncak Alam. Tapi kau sama uni dengan kakak kau. Me is jealous you know. Sebab aku kena terbang sensorang. Nasib baik Dijah pun ada kat sini. Tapi Dijah kampus dia kat Kuching. Tak sama dengan aku. Huhu.

Sekarang kita pun dah masuk sem 4 kan. Tapi kau selalu jealous dengan aku sebab aku selalu cuti awal, Tapi aku jealous dengan kau sebab kau selalu start sem lambat. Tak pe. Aku lagi setahun nak habis. InsyaAllah. Kau lagi 2 tahun kan. Hmm. Mun, jaga kesihatan tau. Kalau ada pape begitau je aku. InsyaAllah apa yang aku boleh tolong, aku akan tolong. Nanti kalau aku kawin kau kena jadi pengapit aku. Hehe. Aku sayang kau. Fid dunya wal akhirat. InsyaAllah.

Ni lagu khas untuk kau.





Waktu form 5. Sangat lah kelakar muka aku. Hehe. 


kat KMJ. Dengan Zana. Mun..aku macam kenal la kasut sukan yang kau pakai tu. hehehe. 

Ok laa. Sampai sini saja. Pedih dah mata mengadap laptop ni. Aku harap kita kawan sampai syurga. Nanti kawen jangan lupa jemput aku tau. Love u Munirah <3


Saturday 9 March 2013

Assalamualaikum. Apa khabar? Iman? Hati? Sihat? Ehh, asyik tu je yang saya tanya kan. Hehe. Mestilah. Khabar iman itu penting. Jangan sampai kita sendiri tak sedar tahap kesihatan iman kita. Bila iman sihat, insyaAllah jasad juga akan sihat. Tapi bila jasad sihat, iman belum tentu sihat. Tapi selalunya bila jasad tak sihat baru la iman akan sihat. Bukan nak menuding jari pada sesiapa. Kadang-kadang saya sendiri pun macam tu jugak. Leka. Lalai. Alpa. Jadi kena la prihatin tahap iman kita. Sebab kita ni manusia. Iman meningkat dan menurun.

Alhamdulillah tamat dah minggu ke 3 semester ni. Hmm. Sem ni awal-awal dah stress. Sangat. Ada sekali tu sampai terfikir nak drop je and kadang-kadang terfikir nak berhenti study je. Huhu. Tapi tak boleh lah nak putus asa dengan mudah kan. Perjuangan perlu diteruskan. Dah lebih separuh perjalanan dah. Hmm. Kadang-kadang tu bila tak tahan sampai migrain. Satu kerja pun tak boleh buat. Tapi saya ada cara yang saya rasa memang berkesan. Korang pun boleh apply cara ni. First, as muslim of course lah kita kena mengadu pada Allah kan. Memang itu cara yang terbaik yang tak boleh nak sangkal lagi. Bagi saya, saya suka bercerita pada mak saya. Semua saya cakap kat mak saya. Malas nak study, malas nak pergi kelas, lapar, stress belajar, penat, migrain, tak dapat buat karangan bahasa arab, give up. Semua lah. Hmmm,,kalau putus cinta tak cerita lah.. Hihihihi. Kadang-kadang tu bila terjaga tengah malam, tak dapat tidur, saya akan mesej mak saya. Dan mak saya pasti akan reply. Walaupun lambat. Tapi yang best nya mak saya tak pernah marah. Mak saya akan bagi semangat and bagi nasihat. Kalau saya kata, saya penat nak tidur tapi assignment tak siap, mak saya akan suruh saya tidur and dia akan tanya saya nak bangun pukul berapa. Dia sendiri yang akan kejutkan saya. Saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab Allah kurniakan saya seorang ibu yang sangat memahami dan mampu bertahan dengan perangai kebudak budakan saya ni. Huhu. Kakcik sayang mak. *dalam ni boleh la tulis, tapi nak cakap sendiri....belum sempat cakap air mata dah mengalir*

Blog ni makin lama makin di anak tirikan. Huhu. Tak pe. Saya akan cuba update apa yang patut. Huhu. Dan saya perasan something. Saya dah kurang buat entri untuk santapan rohani.Huuuu.. Something wrong with me lately. InsyaAllah. Shoutuljihad akan kembali. Dengan semangat baru. InsyaAllah

Haa..my rumah sewa dah pasang streamyx. Yeayy.. Hihi. Ok. Tu je lah setakat ni. Nak whatsapping with tetttttt.. Hihihi. Jumpa lagi lain kali tau. InsyaAllah. Assalamualaikum.



Perjalanan perlu diteruskan. Perkara yang berlalu pastikan tidak akan berulang lagi. InsyaAllah

Sunday 24 February 2013

Kala Hati Berbicara

Assalamualaikum. Haiii awak semua. Jumpa lagi kita ye. Alhamdulillah sampai sekarang Allah masih lagi beri pinjam nafas, masih lagi beri pinjam hidup kepada kita. Bersyukur lah pada Allah atas nikmat yang DIA berikan kepada kita.

Can you see the title? Kala Hati Berbicara. Tajuk macam jiwang. Hai lah Fathimah. Tak payah nak jiwang sangat lah. Geli tekak I occayyy.

Hehe. Mood malam ni bukan lah mood jiwang atau mood cintan cintun. Saja je nak letak tajuk camtu. Hehe.    Dah habis minggu pertama semester 2 2012/2013. Huuuu. Kejap je seminggu berlalu. Minggu lepas tak penat sangat. Cuma hari Isnin tu je kaki mengalami kejutan budaya bila dipaksa berjalan sepanjang hari setelah sebulan bermanja manja di rumah. Hehe. Masih lagi dalam minggu add drop subject. Kepeningan kestressan berlaku. Tak tau dah nak amek apa lagi 1 subjek elektif. Semua dah full. Yang tak full pulak clash dengan core subject. Huhuhuhu. Hasannah sampai nangis-nangis fikir pasal ni. Baru pasal register course. Belum lagi pasal PTA, field work, LI. Kalau tak dapat amek elektif sem ni, hancus la harapan nak grad habis dalam masa 3 tahun. Ya Allah, permudahkan lah urusan kami.

Dalam pada pening-pening fikir nak amek apa lagi, dengan izin Allah, tetiba Dr. Talwar offer kitorang amek core subjek untuk tahun 3 nanti. Maknanya amek sem ni, nanti tak payah amek lagi. Boleh cover elektif nanti. Alhamdulillah Alah permudahkan. Ada jugak appeal untuk course dari FSKPM. Tapi still pending. Misalan kata lah kalau permohonan diluluskan, kena la drop subject Dr. Talwar. Sebab tu core senang nak register. Tapi elektif yang susah sangat nak dapat sebab nak kena rebut 1 unimas wooo..

Wanna see the courses that I take for this semeseter? Kalau ampa tak nak pun aku nak tulis jugak. Blog aku. Hahaha. Okay. Here are the courses :
Research Method for Social Science
Specialisation 1: Family and Child Welfare
Counselling Skill
Bahasa Arab Lvl 2
English in Media
Health & Medicine.

Total semua 20 jam kredit. Dah tulis senarai kursus yang saya amek sem ni, nanti senang la nak cerita pasal kursus tu kan. Hehehe. ok lah. Dah lewat dah ni. Nak zzz. Selamat malam dunia. Jaga iman jaga hati, jaga diri hiasi peribadi. Assalamualaikum :)

Sunday 17 February 2013

Sebentar Cuma


Assalamualaikum. Sihat? Kali ni malas nak cerita panjang panjang. Title pun Sebentar Cuma kan. hihi. Men hapdate blog live dari Surau Kuching International Airport. Apa la agaknya yang dibuat kat sana tu. Dah pukul 12 lebih tak reti nak balik rumah ke anak dara ni?? Hihi. tak dak rumah. Tu yang menumpang tempat orang tu.

Sebenarnya terpaksa stay airport dulu. Kat rumah tak dak orang lagi. Takut la nak balik dulu. Malam-malam pulak tu. Dengan kawasan yang banyak buruh-buruh construction tu kan. Better saya stay airport. Rasa selamat sikit. Esok pagi baru balik rumah. Saing kak shidah. Housemate ramai yang balik lambat. Coursemate pun ramai yang balik lambat. Keseorangan lah saya nanti. Ehh tak. Beela dah ada. Hehe.

Alhamdulillah dah dapat register course. Cuma elektif lagi 1 subjek je tak dapat. Tak pe la. Ada rezeki ada laa. Minggu add drop subject pun lama lagi. Semoga sem ni akan lebih baik dari sem yang lepas. Aamiin :)

Mata ni ngantuk. Tapi tak boleh nak tidur pulak. Surau ni dah sejuk sangat sampai ke tulang. *hiperbola* Hihihihi. Ok lah. Semoga jumpa lagi di lain hari. Jaga iman jaga hati, jaga diri hiasi peribadi. Assalamualaikum :))

Thursday 14 February 2013

Permulaan Segalanya.

Assalamualaikum. Apa khabar? Iman sihat? Hati? Cuba tanya pada diri kejap ok ke tak diri tu. Hati tu sihat ke tak? Iman macam mana? Lama tak mengetuk jejari comel di atas keyboard meluahkan rasa yang tersimpan di hati. Cewahh. Ayat tak boleh nak berjela lagi ke? Haha. Lama kot tak update blog. Charger laptop buat hal. Ngam ngam start study week haritu. Memang suruh study agak nye kan. Tu yang baik punya masa dia amek nak rosak tu. Now dah kat rumah. Cuti. Tapi cuti pun dah nak habis. Sabtu ni terbang lah balik ke Bumi Kenyalang. Meneruskan perjalanan. Bermusafir menuntut ilmu di negeri orang. Masuk sem yang ke-4. Pejam celik pejam celik kejap je dah masuk sem 4. Woahhh.. Seakan tak percaya. Dah lebih separuh perjalanan di unimas. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Dapat habiskan belajar degan cemerlang. Aamiin. :)

Sepanjang cuti banyak ulang alik ke JB. Tu je lah. Tak ke mana pun. Dah ada kat JB tu melawat lah ke Taska As Sofea. Tempat di mana saya mencurahkan bakti sebagai cikgu taska. Memegang title 'Teacher Fathimah'. Comel tak comel tak. kihkihkih. Dah berapa bulan tak datang taska. Perubahan yang agak besar berlaku. Taska dah cat baru, cikgu cikgu dah ramai cikgu baru, anak-anak taska pun dah berubah dah. Yang dulu baby sekarang dah besar. Yang dulu jalan asyik jatuh jatuh sekarang dah berlari. Haaaa.. Cepat kan masa berlalu. Bila tengok dorang besar dengan begitu cepat, terasa macam tengok anak sendiri. Haha. Ok. Berangan.

Result sem lepas? Malas lah nak citer. Bukan 4.0 pun. Haha. Haritu angah dah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati. Nasib baik buat majlis sebelum saya balik unimas. Kalau buat time dah balik tak dapat la nak tengok, merasai kemeriahannya kan. Time angah bertunang ni lah nak kumpul sanak sedara yang ramai giler tu. Tu pun sedara sedara yang dekat je. Tapi tu pun pihak lelaki dah kata camni "Ramainya sedara Dijah" Diorang belum tengok lagi yang 2 pupu 3 pupu kupu kupu semua tu. Kalau berkumpul semua mau kena pasang 6 7 balai nanti. Haha. Dan dan tu jugak lah ramai yang bertanya kepada adik kepada gadis yang di pinang orang tu "Dah ada calon ke?" "Kau ni bila pulak nak bertunangnya?" "Haa,,kau bertunang cepat cepat, nanti majlis boleh sekali langsung je dengan angah". Korang nak tahu sape adik kepada gadis yang dipinang tu? Ehem,ehem..sape lagi. Orang yang dok mengetuk keyboard ni lah.Tiap kali orang tanya bila nak bertunang yang mampu dijawab hanya belajar lagi laa. Mak tak bagi kawin. hahaha. Ok yang tu tipu. Yang agak tak puas hatinya tu cara diorang tanya macam lah umur saya ni dah 30 ++ dah. Eh hello.. Saya baru 20 tahun 5 bulan 23 hari ok. Banyak lagi benda lain yang saya boleh fikir selain dari kawin kawin kawin. Walaupun kadang kadang terfikir gak. Wakakaka. Okay tak lawak.

Banyak dah merapu ni. Haha. Gara-gara nak register course tak dapat akhirya meluahkan segala cerita pada blog. Ok lah. Panjang sangat lah pulak. Nanti jumpa lagi eah. Bye. Take care. Assalamualaikum :)


Control ayu memasing. Hahaha.