Friday 20 December 2013

Done 5, 1 more to go :)

Assalamualaikum. Alhamdulillah dapat jugak jumpa lagi kan. Apa khabar iman anda? Harap-harap sihat dan makin meningkat lah iman nya ye. 

Done 5, 1 more to go. Yup. Alhamdulillah. Hari ni tamat lah minggu kuliah semester 5. Dah masuk minggu study week. First paper will be on 4th January. Ya Allah. Masa sangat pantas berlalu. Perasan macam baru je masuk UNIMAS ni. Pejam celik pejam celik, nak habis dah. Semoga sem ni lebih baik dari sem-sem lepas. 

Rabu haritu (18 Disember) hari terakhir fieldwork. Oh lupa. Tak pernah langsung cerita pasal filedwork kan? Fieldwork ni kerja lapangan. Setiap minggu (Rabu) kitorang akan pergi ke setiap agensi untuk praktikal. Sepanjang 12 minggu. Dapat kat Rumah Seri Kenangan Kuching. Alhamdulillah. Pengalaman yang sangat berharga. Dapat kenal dengan macam-macam orang. Especially nenek-nenek yang kat sana. Mereka semua sangat baik. Ada yang macam budak-budak pun ada. Hehe. Al kisah ter rapat dengan seorang nenek ni. Dia sakit Hemiplegia. Jadi dia tak dapat nak bergerak sangat. Kalau nak mandi ke pergi mana-mana ke, kena pakai kerusi roda dengan bantuan pekerja-pekerja RSK. Minggu pertama kenal dia, memang tak mampu pun nak bantu dia bergerak dari katil ke wheel chair. Kebetulan nenek-nenek ni ada kelas agama setiap Rabu, jadi dapat lah bantu sikit-sikit tolakkan dia ke surau. *Orang yang sakit pun masih mampu nak ke surau menuntut ilmu agama. Kita yang sihat ni? Tepuk dada tanya iman*. Balik dari surau, aku perati je cara ada sorang budak PKM ni angkat nenek ni. Ya Allah. Kagum. Dia sorang je angkat nenek tu dari wheel chair ke katil. Jealous pun ada gak. Nenek tu badannya agak berisi lah. Next week nya, sampai-sampai je kat RSK, staf RSK suruh aku and kawan aku hantar nenek-nenek tu ke surau. Kebetulan pulak budak PKM tu tak de. Jadi aku lah yang kena angkat nenek tu ke surau. First time ni nak angkat nenek tu. Serius takut. Buatnya nenek tu terjatuh ke, naya aku. Aku pun tawakkal je lah. Alhamdulillah Allah bantu. Berjaya jugak aku bantu nenek tu. Start dari hari tu, aku secara rasminya menjadi pengangkat nenek tu. *Tak payah nak rasmi sangat lah*

Sampai lah pada hari kejadian (18/12). Hari terakhir aku boleh bantu nenek tu. Nak tau nenek tu cakap apa. "Hari tok lah last mek nyusahkan kitak ti"
-Hari ni lah hari terakhir nenek susahkan siti-
Terus bergenang air mata aku. Tak mampu nak luah sepatah kata pun. Ya Allah. Nenek tu ingat aku terbeban dengan dia setiap minggu waktu aku datang situ. Demi Allah sikit pun aku tak rasa terbeban. Aku bantu dengan rela hati. Aku anggap dia macam nenek aku sendiri. Hari terakhir tu boleh kata ber jam jam jugak la aku lepak kat katil dia. Dengar dia cerita walaupun cerita tu dia dah pernah cerita. Disebabkan kitorang nak balik awal hari last tu, pukul 12.30 lebih aku pergi balik kat katil nenek tu. Cepat-cepat sebab takut nenek tu dah solat zohor pulak. Aku tengok dia dah ready dengan telekung and dah siap amek wuduk. *Nenek ni sakit tapi masih jugak solat. Awal waktu dah ready nak solat. Kita yang sihat ni?* Aku pun datang kat dia. Dia tau aku datang waktu tu sebab nak ucap selamat tinggal kat dia. *Tak boleh blah ucap selamat tinggal*. Aku pun terus salam dia, peluk dia. Air mata memang tak boleh tahan lagi dah. Nenek tu pun sama nangis jugak. Dia siap mintak maaf sebab dia dah susahkan aku setiap minggu. Lagi lah aku tak boleh tahan air mata. Bila dah ok sikit, aku terus pakaikan dia telekung. Siap-siapkan dia nak solat. Lepas tu aku pun jumpa  nenek-nenek lain and terus lah balik. 

Nenek ni klien aku sebenarnya. Aku bawak kisah dia untuk dibentang dalam kelas. Kisah hidup yang sangat sedih. Setiap nenek-nenek yang ada kat RSK tu ada cerita lain-lain. Simpati pada nasib mereka yang ditinggalkan di RSK. Jadi kepada sesiapa yang masih ada mak ayah, tolong lah jaga diorang elok-elok. Sihat ke tidak ke, ingat, diorang lah yang besarkan kita, beri makan pakai pada kita. Basuh kencing berak kita. Peneman bila kita sunyi penghibur di kala sepi. Setiap solat, jangan lupa doakan mereka. Semoga aku mampu untuk menjaga mereka hingga hujung nyawa. Aamiin.

Ok lah. Sampai sini je kali ni. Nak tidoq sudah. Esok nak teman Nabeela pergi shopping therapy dengan anak-anak RKK ( Rumah Kanak-Kanak). Jaga iman, jaga hati. Jaga diri, hiasi peribadi. Salam sayang dari Mujahidah Solehah. :)

Friday 13 December 2013

Berhabuk

Assalamualaikum. Apa khabar? Blog ni dah sangat lama tidak di hapdate. Aherherher. Ke busy an dan ke malas an dan ke tiada an ke cerita an. I'm at the end of my semester 5. Alhamdulillah. Menghitung bulan nak habes kan my first degree. This semester is quite hectic for me. Imagine how am i gonna manage my study schedule with 26 credit hours? Actually untuk final exam 20 credit hrs je. 6 credit hrs tu fyp. Tapi kat UNIMAS kitorang panggil PTA. Haa.. Talk about my PTA, I'm doing a research on homeless people. My supervisor tanya kenapa minat nak kaji pasal homeless. Hurm. Entah lah. Berminat nak kaji golongan yang left out ni. Kita selalu terlepas pandang pada golongan-golongan yang macam ni. And sometimes we simply judging them as golongan yang malas bekerja. But actually we don't even know what is really happen in their life. My supervisor is someone from UK. Dapat tak bayangkan cemana aku nak communicate dengan dia? Haha. English aku pun biasa-biasa je. Tapi tak pe. Ni lah peluang nak baiki english aku kan. Oh my english! Harharhar. Doakan kamek k :)

Tiket balik bulan 1 dah beli. Menghitung hari jugak ni nak balik. Semester ni memang tak de balik waktu cuti mid sem. Bayang kan dah berapa bulan tak dapat tengok muka mak abah. Rindu yang sangat sampai nak meletup dah ni. Raya haji haritu pun sambut kat sini (Sarawak) je dengan kawan-kawan.

Baru-baru ni musibah melanda kawasan pantai timur kan. And some part of Johore. Alhamdulillah my house tak kena banjir. For those yang ditimpa musibah ni banyakkan bersabar ye. Allah datangkan ujian yang macam ni sebab Allah tahu kamu semua mampu menghadapinya. Pasti ada kebaikan di setiap yang berlaku. Andddd last story for this entry, I would like to congratulate my cousin yang selamat di ijab qabulkan dengan gadis pilihan. Kamarul Ariffin dan Suraya Amir. Maaf tak dapat attend wedding korang. Semoga kekal hingga syurga :)

* Fall in love with his voice and the way he strum the guitar. Check this out!


Suka tengok orang main gitar. Huhu. Siapakah gerangan orang ni eah. Tak pe la. Whoever he is, I like his way. So cool. Tapi tak de lah suka sampai *oh abang, can you be my man?* Ish ish.. Tak de lah sampai cemtu. Suka tengok dia nyanyi+main gitar je. 

Ok lah. Sampai sini je kali ni. Jumpa lagi bila berkesempatan :)
Assalamualaikum..