Assalamualaikum. Apa khabar? Iman? Hati? Sihat? Ehh, asyik tu je yang saya tanya kan. Hehe. Mestilah. Khabar iman itu penting. Jangan sampai kita sendiri tak sedar tahap kesihatan iman kita. Bila iman sihat, insyaAllah jasad juga akan sihat. Tapi bila jasad sihat, iman belum tentu sihat. Tapi selalunya bila jasad tak sihat baru la iman akan sihat. Bukan nak menuding jari pada sesiapa. Kadang-kadang saya sendiri pun macam tu jugak. Leka. Lalai. Alpa. Jadi kena la prihatin tahap iman kita. Sebab kita ni manusia. Iman meningkat dan menurun.
Alhamdulillah tamat dah minggu ke 3 semester ni. Hmm. Sem ni awal-awal dah stress. Sangat. Ada sekali tu sampai terfikir nak drop je and kadang-kadang terfikir nak berhenti study je. Huhu. Tapi tak boleh lah nak putus asa dengan mudah kan. Perjuangan perlu diteruskan. Dah lebih separuh perjalanan dah. Hmm. Kadang-kadang tu bila tak tahan sampai migrain. Satu kerja pun tak boleh buat. Tapi saya ada cara yang saya rasa memang berkesan. Korang pun boleh apply cara ni. First, as muslim of course lah kita kena mengadu pada Allah kan. Memang itu cara yang terbaik yang tak boleh nak sangkal lagi. Bagi saya, saya suka bercerita pada mak saya. Semua saya cakap kat mak saya. Malas nak study, malas nak pergi kelas, lapar, stress belajar, penat, migrain, tak dapat buat karangan bahasa arab, give up. Semua lah. Hmmm,,kalau putus cinta tak cerita lah.. Hihihihi. Kadang-kadang tu bila terjaga tengah malam, tak dapat tidur, saya akan mesej mak saya. Dan mak saya pasti akan reply. Walaupun lambat. Tapi yang best nya mak saya tak pernah marah. Mak saya akan bagi semangat and bagi nasihat. Kalau saya kata, saya penat nak tidur tapi assignment tak siap, mak saya akan suruh saya tidur and dia akan tanya saya nak bangun pukul berapa. Dia sendiri yang akan kejutkan saya. Saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab Allah kurniakan saya seorang ibu yang sangat memahami dan mampu bertahan dengan perangai kebudak budakan saya ni. Huhu. Kakcik sayang mak. *dalam ni boleh la tulis, tapi nak cakap sendiri....belum sempat cakap air mata dah mengalir*
Blog ni makin lama makin di anak tirikan. Huhu. Tak pe. Saya akan cuba update apa yang patut. Huhu. Dan saya perasan something. Saya dah kurang buat entri untuk santapan rohani.Huuuu.. Something wrong with me lately. InsyaAllah. Shoutuljihad akan kembali. Dengan semangat baru. InsyaAllah
Haa..my rumah sewa dah pasang streamyx. Yeayy.. Hihi. Ok. Tu je lah setakat ni. Nak whatsapping with tetttttt.. Hihihi. Jumpa lagi lain kali tau. InsyaAllah. Assalamualaikum.
Perjalanan perlu diteruskan. Perkara yang berlalu pastikan tidak akan berulang lagi. InsyaAllah


No comments:
Post a Comment