Sunday 24 February 2013

Kala Hati Berbicara

Assalamualaikum. Haiii awak semua. Jumpa lagi kita ye. Alhamdulillah sampai sekarang Allah masih lagi beri pinjam nafas, masih lagi beri pinjam hidup kepada kita. Bersyukur lah pada Allah atas nikmat yang DIA berikan kepada kita.

Can you see the title? Kala Hati Berbicara. Tajuk macam jiwang. Hai lah Fathimah. Tak payah nak jiwang sangat lah. Geli tekak I occayyy.

Hehe. Mood malam ni bukan lah mood jiwang atau mood cintan cintun. Saja je nak letak tajuk camtu. Hehe.    Dah habis minggu pertama semester 2 2012/2013. Huuuu. Kejap je seminggu berlalu. Minggu lepas tak penat sangat. Cuma hari Isnin tu je kaki mengalami kejutan budaya bila dipaksa berjalan sepanjang hari setelah sebulan bermanja manja di rumah. Hehe. Masih lagi dalam minggu add drop subject. Kepeningan kestressan berlaku. Tak tau dah nak amek apa lagi 1 subjek elektif. Semua dah full. Yang tak full pulak clash dengan core subject. Huhuhuhu. Hasannah sampai nangis-nangis fikir pasal ni. Baru pasal register course. Belum lagi pasal PTA, field work, LI. Kalau tak dapat amek elektif sem ni, hancus la harapan nak grad habis dalam masa 3 tahun. Ya Allah, permudahkan lah urusan kami.

Dalam pada pening-pening fikir nak amek apa lagi, dengan izin Allah, tetiba Dr. Talwar offer kitorang amek core subjek untuk tahun 3 nanti. Maknanya amek sem ni, nanti tak payah amek lagi. Boleh cover elektif nanti. Alhamdulillah Alah permudahkan. Ada jugak appeal untuk course dari FSKPM. Tapi still pending. Misalan kata lah kalau permohonan diluluskan, kena la drop subject Dr. Talwar. Sebab tu core senang nak register. Tapi elektif yang susah sangat nak dapat sebab nak kena rebut 1 unimas wooo..

Wanna see the courses that I take for this semeseter? Kalau ampa tak nak pun aku nak tulis jugak. Blog aku. Hahaha. Okay. Here are the courses :
Research Method for Social Science
Specialisation 1: Family and Child Welfare
Counselling Skill
Bahasa Arab Lvl 2
English in Media
Health & Medicine.

Total semua 20 jam kredit. Dah tulis senarai kursus yang saya amek sem ni, nanti senang la nak cerita pasal kursus tu kan. Hehehe. ok lah. Dah lewat dah ni. Nak zzz. Selamat malam dunia. Jaga iman jaga hati, jaga diri hiasi peribadi. Assalamualaikum :)

1 comment: