Saturday 29 October 2011

Siapa kita untuk memaksa..

Hmmm...x tau la nak cakap apa...siapa kita untuk memaksa..kalau dah tak suka nak buat macam mana..tak kan la kita nak paksa mereka untuk terima kita atau pandangan kita..Dalam surah al-Qasas ayat 56 yang bermaksud
" Sungguh, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."

Kita hanya boleh berusaha membantu untuk individu tersebut membuka hatinya untuk berubah ke arah kebaikan..tetapi kita tiada hak untuk memberinya hidayah kerana hidayah itu milik Allah..Hati kita dan hati mereka milik Allah..Allah yang membolak balik kan hati hamba-hambaNya...jangan disangka kita ini sudah cukup baik..Bayangkan satu hari nanti Allah tarik nikmat iman yang ada pada kita..Kita boleh menjadi lebih teruk dari mereka..Nauzubillah..

Minta lah pertolongan Allah..berdoalah kepadaNya..keana doa itu  senjata mukmin..Tapi janganlah kita pernah berputus asa dalam melakukan kebaikan, dalam menyebarkan dakwah..Jangan kerana ayat ini kita sudah boleh menarik nafas lega..Justeru, kita kena bangkit..perhebatkan dakwah kita..sampaikanlah kebaikan tersebut pada sahabat-sahabat kita..Kerana hidayah itu perlu dicari..bukan duduk goyang kaki...Kita bantu sahabat-sahabat kita untuk menggapai hidayah Allah..

Macam makan nasi la juga..kalau nak makan nasi, kita kena ambil nasi tu, tambah sikit lauk, baca doa dan makan...cuba bayangkan kalau nak makan nasi pun kita malas nak bangun..nanti kita juga yang lapar kan..jadi, bangkitlah..bantulah sahabat-sahabat kita dalam menggapai redha Allah..di samping kita perbaiki iman dan amal kita..kita bawa rakan-rakan kita bersama..insyaAllah tidak akan rugi..malah akan dapat kebaikan..bukan sahaja untuk kita malah untuk sahabat-sahabat kita juga orang di sekelilingnya...

Setakat ini sahaja dulu..Panjang umur kita jumpa lagi..Maafkan saya andai terkasar bahasa..^^,

No comments:

Post a Comment