Saturday 29 October 2011

..:::Bersediakah Kita??:::..

Sebelum jariku lincah mengetuk papan kekunci ini, ingin meminta sahabat-sahabat yang membaca entry ini untuk sedekahkan al-fatihah kepada saudara-saudara muslim kita yang telah kembali ke pangkuan Ilahi.. Al-fatihah..
Semoga mereka ditempatkan bersama dengan golongan orang-orang yang beriman..

Yang pergi tidak akan kembali, yang hidup teruskan mencari redha Ilahi..
Dalam kita sibuk dengan urusan dunia kita, mengejar macam-macam due date..due date nak kena hantar assignment, due date siapkan proposal dan macam-macam due date yang lain, teringat tak akan due date yang satu ni..hari di mana kita akan berakhir..hari di mana orang sekeliling kita akan menangis dan hari di mana malaikat maut akan datang menjemput kita..

Andai kata malaikat maut telah terima arahan dari Allah untuk menarik nyawa kita sekarang, pernah terfkir tak bekalan apa yang akan kita bawa untuk bertemu yang Esa? Cukup ke dengan bekalan yang ada untuk membenarkan kita melangkah masuk ke syurga Allah?

Dalam beberapa hari lepas, dapat berita ibu kepada salah seorang sahabat saya meninggal dunia kerana kemalangan..malam sebelum kejadian sahabat saya sempat menghubung ibunya melalui telefon..pagi esoknya dapat berita ibu dia telah meninggal..
Pagi tadi (29/10/11) dapat mesej dari mak saya, sepupu mak saya telah pun meninggal dunia..Dalam masa tidak sampai seminggu saya dapat berita mengenai 2 kematian saudara seIslam saya..itu yang saya tahu..yang saya tak tahu??..emmm..fikir sendiri la ye..

Semua yang berlaku adalah di luar jangkaan kita..bila Allah dah tetapkan hari itu si polan itu akan ditarik nyawa nya, maka itu  lah yang akan terjadi..Dalam surah An-Nisa' ayat 78 yang bermaksud
"Dimana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang kukuh dan tinggi..."

Bagaimana dengan diri kita..bersediakah kita menghadapi hari itu..apa persediaan kita untuk menghadapi hari itu? Kalau kita bersungguh-sungguh menyiapkan assignment, kenapa kita tak bersungguh-sungguh menyiapkan diri untuk menghadapi hari itu..Kadang-kadang terfikir sejenak..andai Allah menarik nyawaku di saat aku masih lagi bergelumang dengan dosa..belum sempat bertaubat..masih tidak sedar bahawa setiap hari, setiap detik dan setiap waktu adalah peluang yang diberikan oleh Allah untuk kita bertaubat..boleh kah kita mohon pada Allah untuk memberi kita peluang untuk hidup kembali agar dapat kita perelokkan amalan kita, menambah bekalan kita? Seandainya Allah membenarkan perkara itu pasti kita akan terus leka..terus hanyut dengan dunia..

Bekalan yang ada sekarang ni masih belum cukup untuk dibawa bertemu Nya..Setiap hari yang kita diberi nafas oleh Allah adalah hari untuk kita bertaubat..Dalam segala apa pun yang kita lakukan adalah peluang untuk kita bersedia menghadapi kematian..Banyakkan berdoa kepada Allah agar kita diberi pengakhiran hidup yang baik dan janganlah ditarik nyawa kita pada saat kita bergelumang dengan dosa tanpa sempat bertaubat kepadaNya. Apa yang pasti, hari itu pasti tiba..Ingatlah akan firman Allah dalam surah Yunus ayat 49 yang bermaksud,
"...Bagi setiap umat mempunyai ajal( batas waktu). Apabila ajal tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.."

Bersediakah kita menghadapinya????
Tepuk dada tanya iman..

Sekian sahaja dari saya..semoga bermanfaat buat para pembaca..maafkan andai ada salah..yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu atas kelemahan diri saya..

No comments:

Post a Comment