Tuesday 23 August 2011

..Aduh!! Liciknya..

~Kisah ini hanya rekaan..tp ade mesej yg perlu d sampaikan..
Brsame same kite ambil iktibar..~

Usrah wardatul shauqah berjalan seperti biasa pd ptg itu..
Alhamdulillah..usrah yang telah berjalan lebih kurang 2 bulan itu kian mendapat tempat d hati-hati ahli usrah...
Naqibah memulakan usrah seperti biasa..
Dalam ramai-ramai ahli usrah ni, ade seorang yang berpakaian lain dari yang lain..
Pakaian nye agak ketat dan tudungnya di selempang kan ke kiri dan kanan bahu..
Kirenye si dia ni berpakaian tidak mengikut piawaian Islam la..
Ramai yang sudah mencuba menasihati si dia ni agar berpakaian mengikut cara Islam..
Bukan di paksa untuk bertudung labuh, tapi cukup la sekadar melabuhkan tudung menutupi dada..memakai pakaian yang tidak ketat dan tidak jarang..
Alhamdulillah..sekurang-kurangnya sahabat-sahabat usrah mereka mampu untuk menegur si dia ni..tetapi mungkin si dia ni belum mendapat hidayah dari Allah S.W.T..
Allah ada berfirman dlm surah al-An'am ayat 125 yang bermaksud..
"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima Islam)..."

Berbeza pula dgn sahabat-sahabat yang lain yang mampu untuk bertudung labuh..siap dgn 'hand sock' lagi..
Kadang-kadang kita susah nak nampak kekhilafan si bertudung labuh kerana masing-masing berpendapat kalau dh bertudung labuh ni semestinya sudah faham tentang tuntutan menutup aurat dengan sempurna..
Dengan bangganya si bertudung labuh ni menarik 'hand sock' yang dipakai agar aurat lengannya tidak kelihatan walau seinci..
Syaitan mula masuk jarum.."tarik lagi depan sikit..diorang x nmpak kau pakai hand sock..kalau diorang dh nampak nnt mesti diorang puji kau mampu untuk tutup aurat dgn sempurna.."
Niat yang pada asalnya menutup aurat kerana Allah SWT telah bertukar kepada hendak mendapatkan pujian dari rakan-rakan sekeliling..
ALLAHUAKBAR..syaitan itu memang sangat licik..tidak berjaya untuk meyuruh muslimat itu membuka aurat..di hasut agar berpaling dari niat..

Pesanan buat muslimat, dikhususkan dulu kpd diri sendiri yg lemah lagi dhaif ini..sentiasa perbaharui niat kerana Allah..cabaran dalam bertudung labuh terasa lebih berat berbanding yang tidak menutup aurat dgn sempurna..setiap masa di ganggu dgn bisikan-bisikan halus yang dibisikkan oleh makhluk Allah yang inginkan temannya yang ramai di neraka..
Hanya kepada Allah aku berserah dan hanya kepadaNya aku memohon perlindungan...

1 comment:

  1. ~ melalui cerita ini memang mempunayi mesj yg sangat mendapat..sama2 bermuhasabah... ~

    ReplyDelete