Monday, 28 November 2011

..::Hilangnya Permata Yang Dicari::..(2)

"Assalamualaikum. Hai, ingat aku lagi tak?" Sapa Insyirah pada sesusuk tubuh yang memang sangat dikenali nya itu. Walaupun baru berjumpa sekali, namun Insyirah masih ingat akan susuk tubuh Tasnim, rakan yang banyak membuka minda dia itu.

"Wa'alaikumussalam. Insyirah. rindunya pada Insyirah" Balas Tasnim sambil terus bangun lalu memeluk Insyirah.

"Eahhh...kau ni..jangan la peluk-peluk aku. Geli la weyh" Balas Insyirah sambil menggosok-gosok bahunya..

"Hihihi...Tasnim rindu la kat Insyirah..Alhamdulillah jodoh kita masih ada setakat ini. Tasnim tak sangka dapat jumpa Insyirah hari ini. Ingatkan dah tak sempat nak jumpa. Esok Tasnim nak pergi dah"

"Kau nak pergi mana?" Tanya Insyirah sedih.

"Tasnim nak pergi jumpa kekasih Tasnim" Lafaz Tasnim tersenyum

"Ohh..kau nak kahwin rupanya. Patut la aku nampak kau pakai cincin kat jari manis kau tu. Rupanya bakal jadi milik orang. Tahniah lah. Kau tak jemput aku pun" cebik Insyirah. Sengaja nak memancing Tasnim.

"La..lupa pula..maafkan Tasnim..Ok. Insyirah boleh datang ke rumah Tasnim malam esok. Ni alamat nya. Insyirah datang tau. Tasnim akan jadi orang yang paling gembira kalau Insyirah dapat datang ke rumah Tasnim esok"

"Ok. Aku mesti datang punya. Hari bahagia kawan aku kan. Eah, sebelum kau jadi milik orang lain ni, kau cerita kan lah pada aku kisah-kisah yang best-best. Aku rindu la nak dengar tazkirah free kau." Jujur Insyirah.

"Insyirah rindu Tasnim. Alhamdulillah. Tak adalah nanti Tasnim rasa bersalah tinggalkan Insyirah. Hehe. InsyaAllah Tasnim cuba sampaikan satu kisah tentang keindahan insan yang bergelar wanita. Insyirah nampak tak pokok semalu tu. Cuba Insyirah sentuh pokok tu dengan jari Insyirah"

"Tak sentuh pun aku tahu lah apa jadi kat pokok tu. Tapi tak apa lah, nak puas kan hati kau, aku sentuh gak pokok tu. Haa, kan aku dah kata, pokok ni akan kuncup." Balas Insyirah.

" Insyirah dapat kaitkan tak antara pokok semalu tu dengan wanita?"

" Laa, kau ni, aku suruh kau cerita kat aku, kau pulak tanya aku balik..manalah aku tahu"

Tersenyum Insyirah mendengar rintihan kecil sahabatnya itu.
'Walaupun nampak brutal, tapi mudah tersentuh hatinya. Itulah wanita' Bisik hati Tasnim.

"Pokok semalu ni boleh diibaratkan sebagai seorang wanita solehah. Apabila ia disentuh, ia akan kuncup, begitu juga wanita, apabila seseorang ajnabi datang mengahampirinya ia akan cuba menghindarkan diri dari orang itu dan memelihara segala batas pergaulan mengikut yang telah ditetapkan. Pokok semalu ni juga ada akar yang kukuh kuat terpasak di bumi. Ini juga boleh diibaratkan seperti seorang wanita yang mempunyai pegangan yang kukuh pada agamanya. Berpegang pada Al-Quran dan sunnah. Segala apa yang dilakukan adalah kerana Allah, kerana cintanya pada agamanya, keluarganya dan juga kerana cintanya pada sahabat-sahabatnya." terang Tasnim pada Insyirah.

"Ohh,,macam tu rupanya. Maknanya kita kena lah jadi macam pokok semalu kan? Kita kena ada perasaan malu dan kita kena ada pegangan agama yang kuat sebagai benteng diri kita kan. InsyaAllah aku akan cuba menjadi seperti pokok semalu. Terima kasih Tasnim atas perkongsian ni. Aku harap persahabatan kita akan kekal dan diberkati olehNya."

"InsyaAllah.kita bersahabat sampai syurga ya. Tasnim sayang Insyirah"

"Aku pun sayang kat kau. Eah, dah petang ni, selalunya kau nak balik dah kan. Aku nak gerak dah ni. Ada kerja sikit nak buat"

"Emm, tak apa lah Insyirah, Tasnim nak duduk dekat tasik ni dulu, nak tadabbur alam sementara ada kesempatan. Insyirah hati-hati ye. InsyaAllah kalau panjang umur kita jumpa lagi. Haa, lagi satu, esok jangan lupa datang rumah Tasnim tau. Tasnim tunggu Insyirah."


"InsyaAllah, aku janji aku datang. Tak apa ke kau sorang-sorang kat sini? Nanti ada orang culik nanti. Hahaha. Kau hati-hati ye. Aku gerak dulu. Assalamualaikum"

"Wa'alaikumussalam"

Pandangan sepi Tasnim dihantar kepada Insyirah. Khuatir andai itu kali terakhir mereka dapat bersama.

~Bersambung~


..::Hilangnya Permata Yang Di Cari::..(1)

Saturday, 26 November 2011

Dari 0 kepada 1

Assalamualaikum..selamat tahun baru maal hijrah...1433 Hijrah..=)


Tajuk kali ini..dari 0 kepada 1..apa yang dimaksudkan dengan dari 0 kepada 1 ni?
Jeng,jeng,jeng..nak tau tak?..
Hehehe...


Maksudnya dari tiada apa-apa kepada ada apa-apa..Apa apa apa ni?
Hehe..Ok..dah cukup la merepek ni..


Tahun baru dah menjelma..ini lah masanya untuk kita mengucapkan sayonara kepada zaman jahiliyyah kita..Inilah masanya kita nak berubah dari tiada apa-apa menjadi seseorang yang mempunyai ilmu, seorang yang boleh berubah ke arah kebaikan..


Tak susah untuk berubah..hanya perlukan sedikit perencah keazaman yang kuat disertakan dengan perasa keimanan..Jangan berhenti berdoa pada Allah untuk menguatkan hati kita dalam penghijrahan yang kita lakukan..
Menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang yang meletakkan Islam sebagai agamanya untuk berubah dan meninggalkan perangai buruk kita..


Sahabat-sahabat nak berubah?
Nak,nak,nak..Saya pun nak berubah juga..
Silakan..tiada siapa nak halang..^^,


Hehehe..
Kat bawah ni adalah sedikit tips untuk bantu kita meninggalkan zaman jahiliyyah kita..

1. Mempunyai Akidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang murni
4. Manhaj hidup yang lurus
5. Meletakkan Allah, Rasulullah dan orang-orang yang beriman sebagai penolong (5:55)


Betulkan niat dan mohon kepada Allah agar dikuatkan dalam jihad kita..InsyaAllah...
Sampai sini dulu..semoga bertemu lagi..Maaf andai ada salah dan silap..
Ayuh berubah !!!
Dari 0 kepada 1!!!



"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu"
(2:208)

Sunday, 20 November 2011

..:: Hilangnya Permata yang dicari ::..(1)

Dialah permata yang dicari..
Selama ini baru ku temui..
Tapi ku tak pasti rencana ilahi..
Apakah dia kan ku miliki...

Lagu 'Permata Yang Di Cari' dendangan kumpulan De-Hearty tak henti dimainkan Insyirah petang itu. Sejak pertemuan yang tidak disengajakan dengan sahabat yang baru dikenalinya itu, dia sering mengelamun dan memikirkan kata-kata sahabat nya itu..

''Kalau nak dapat yang baik, kita kena jadi baik.."
Itulah yang dipesan oleh Tasnim sebelum sahabat barunya itu hilang dari pandangan. Sedetik bersama Tasnim banyak soalan yang terkumpul di benak fikirannya terjawab dengan sendiri. Perwatakan Tasnim sangat berbeza berbanding dirinya. Ala-ala Anna Althafunnisa dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih tu..

'Ada hikmah juga aku lepak sorang-sorang kat tepi tasik tu semalam'..Insyirah bermonolog sendirian.
Pertemuannya dengan Tasnim bermula ketika Insyirah melepak di tepi tasik untuk melepaskan rasa geram, benci, marah pada kekasih yang baru diputuskannya semalam..

******************************

"Assalamualaikum..orang kata anak dara tak elok termenung sorang-sorang.."

"Kau ni siapa? Tetiba je muncul.."

"Memberi salam itu sunat..menjawab salam itu wajib"..Tasnim tersenyum melihat Insyirah

Gulp..terkono den..
"Wa'alaikumussalam..maaf kan aku..aku cuma terkejut je sebab tetiba je ada orang tegur aku..Kau ni siapa?"

"Saya Tasnim..Tasnim Syafika..Dari tadi saya perhatikan saudari sorang-sorang je kat sini..saya tengok saudari macam ada masalah..saya rasa tertarik untuk berbual dengan saudari"

"Skema nya kau ni..tak yah nak bersaudari-saudari lah dengan aku..Aku Insyirah..kau panggil je aku shera.."

"Insyirah..kegembiraan..tapi sekarang Tasnim nampak Insyirah tak seperti 'Insyirah'..Kalau ada yang nak diluahkan pada Tasnim..InsyaAllah Tasnim bersedia meminjamkan telinga untuk Insyirah"

"Kau tak kenal pun aku..tapi kau boleh nak jadi baik dengan aku pulak..apahal kau ni?"

"Setiap muslim itu kan bersaudara dan insan yang baik ialah insan yang dapat memberi manfaat pada orang lain..Jadi kat sini tak timbul hal tak kenal sebab kita memang bersaudara..Tasnim tak paksa Insyirah..Kalau Insyirah tak nak kongsi pun tak pe.."..

'Aku memang memerlukan sesorang sekarang ni..Budak ni pun nampak macam baik je..Boleh la share dengan dia..mane la tau kot-kot dia boleh tolong aku ke..'

"Ok lah..aku cerita kat kau..tapi kau mesti janji dengan aku yang kau tak gelak kan aku nanti.."

"Baiklah..Tasnim janji"..

"Aku baru putus dengan boyfriend aku lah..Siot punya jantan..ada ke patut dia cakap aku ni macam tomboy..tak pandai nak solek-solek macam awek kawan-kawan dia yang lain..tak pandai nak pakai skirt, baju-baju yang macam perempuan dan dia cakap aku kolot sebab aku pakai tudung..Terbakor je aku rasa..Nasib baik lah aku dapat kawal emosi aku tadi..kalau tak free-free je aku campak dia mandi kat tasik ni hah.."

"Alhamdulillah..bagus lah kalau macam tu"..sambil tersenyum Tasnim memandang Insyirah..

"Kenapa kau cakap Alhamdulillah pulak..Ohh..kau suka la aku putus dengan boyfriend aku ye..Aku ingatkan kau dapat bantu..rupanya kau tak bantu aku sikit pun" luah Insyirah hampa..

Nafas ditarik Tasnim dalam-dalam sebelum memulakan bicara..nampaknya Tasnim tak boleh silap langkah..Api yang marak patut dipadamkan dengan air..'Bismillahirrahmanirrahim'..lafaz Tasnim di dalam hati..

"Maafkan Tasnim andai membuat Insyirah berkecil hati..secara jujurnya bukan niat Tasnim untuk mengecilkan hati Insyirah. Tasnim melafazkan kata syukur kerana Insyirah orang yang dipilih oleh Allah untuk menghadapi pengalaman yang tak semua orang akan rasa apa yang Insyirah hadapi sekarang. Pernah tak Insyirah terfikir kenapa Allah takdirkan Insyirah putus dengan boyfriend Insyirah tu? "

"Entah. Aku tak pernah fikir pun" Sambil lewa Insyirah menjawab pertanyaan Tasnim.

"Sebab Allah sayangkan Insyirah.."

"Kalau betul Allah sayang aku, kenapa DIA takdirkan aku putus dengan boyfriend aku..patutnya DIA kena biar aku bahagia dengan kekasih aku tu"

"Insyirah akan bahagia. Tapi bukan dengan boyfriend Insyirah..tapi dengan Allah. Sebab tu lah Allah putuskan  hubungan Insyirah dengan boyfriend Insyirah tu. Allah nak Insyirah jalinkan hubungan yang kuat dengan Allah. dan Allah akan beri sesuatu yang lebih baik dari apa yang Insyirah ada sekarang"

"Macam mana tu? Aku tak paham lah.."

"Tadi Insyirah cakap pada Tasnim yang boyfriend Insyirah cakap pakai tudung ni kolot kan? Kenapa Insyirah masih pertahankan tudung Insyirah? Kenapa tak bukak je tudung tu dan ikut cakap kekasih Insyirah tu?"

" Sungguh pun aku ni tak alim macam kau, tapi aku tahu lah yang kita wajib pakai tudung, wajib tutup aurat. Buat apa aku nak ikut cakap boyfriend aku tu, dia tak ada hak pun nak tentukan jalan hidup aku dan belum tentu dia tu jadi suami aku nanti"

"Jadi sekarang Insyirah nampak tak yang Allah tak nak biarkan Insyirah berkawan dengan orang yang boleh merosakkan Insyirah. Cuba Insyirah bayangkan, seandainya Insyirah masih berkawan dengan dia, kemungkinan dia akan memujuk Insyirah untuk menanggalkan tudung dan mungkin menyerahkan maruah Insyirah pada dia. Alhamdulillah Allah sangat sayangkan Insyirah dan menyelamatkan Insyirah dari menjadi mangsa kata-kata manis si lelaki ini."

"Ok..aku terima pendapat kau..memang betul pun dia tu bukannya baik sangat, tapi aku pun tak tahu kenapa aku boleh couple dengan dia..haha..aku rasa macam lapang sekarang dapat luahkan rasa tak puas hati aku pada kau dan dapat tazkirah free dari kau.."

"Alhamdulillah..segala yang baik itu datangnya dari Allah..Tasnim pun seronok dapat berkenalan dengan Insyirah. Tasnim harap dapat duduk bersama dengan Insyirah lagi lepas ni. Tapi tak tahu lah bila lagi kita dapat jumpa. Tapi tak pe..yakinlah dengan ALLAH...kalau ada jodoh kita jumpa  lagi..Ok lah Insyirah. Dah nak maghrib ni. Tasnim kena balik rumah. Ada jodoh kita jumpa lagi ye. Assalamualaikum"

"Wa'alaikumussalam.."

*******************************

'Tasnim Syafika..aku harap dapat jumpa kau lagi'


~~To be continued~~