Sunday, 20 November 2011

..:: Hilangnya Permata yang dicari ::..(1)

Dialah permata yang dicari..
Selama ini baru ku temui..
Tapi ku tak pasti rencana ilahi..
Apakah dia kan ku miliki...

Lagu 'Permata Yang Di Cari' dendangan kumpulan De-Hearty tak henti dimainkan Insyirah petang itu. Sejak pertemuan yang tidak disengajakan dengan sahabat yang baru dikenalinya itu, dia sering mengelamun dan memikirkan kata-kata sahabat nya itu..

''Kalau nak dapat yang baik, kita kena jadi baik.."
Itulah yang dipesan oleh Tasnim sebelum sahabat barunya itu hilang dari pandangan. Sedetik bersama Tasnim banyak soalan yang terkumpul di benak fikirannya terjawab dengan sendiri. Perwatakan Tasnim sangat berbeza berbanding dirinya. Ala-ala Anna Althafunnisa dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih tu..

'Ada hikmah juga aku lepak sorang-sorang kat tepi tasik tu semalam'..Insyirah bermonolog sendirian.
Pertemuannya dengan Tasnim bermula ketika Insyirah melepak di tepi tasik untuk melepaskan rasa geram, benci, marah pada kekasih yang baru diputuskannya semalam..

******************************

"Assalamualaikum..orang kata anak dara tak elok termenung sorang-sorang.."

"Kau ni siapa? Tetiba je muncul.."

"Memberi salam itu sunat..menjawab salam itu wajib"..Tasnim tersenyum melihat Insyirah

Gulp..terkono den..
"Wa'alaikumussalam..maaf kan aku..aku cuma terkejut je sebab tetiba je ada orang tegur aku..Kau ni siapa?"

"Saya Tasnim..Tasnim Syafika..Dari tadi saya perhatikan saudari sorang-sorang je kat sini..saya tengok saudari macam ada masalah..saya rasa tertarik untuk berbual dengan saudari"

"Skema nya kau ni..tak yah nak bersaudari-saudari lah dengan aku..Aku Insyirah..kau panggil je aku shera.."

"Insyirah..kegembiraan..tapi sekarang Tasnim nampak Insyirah tak seperti 'Insyirah'..Kalau ada yang nak diluahkan pada Tasnim..InsyaAllah Tasnim bersedia meminjamkan telinga untuk Insyirah"

"Kau tak kenal pun aku..tapi kau boleh nak jadi baik dengan aku pulak..apahal kau ni?"

"Setiap muslim itu kan bersaudara dan insan yang baik ialah insan yang dapat memberi manfaat pada orang lain..Jadi kat sini tak timbul hal tak kenal sebab kita memang bersaudara..Tasnim tak paksa Insyirah..Kalau Insyirah tak nak kongsi pun tak pe.."..

'Aku memang memerlukan sesorang sekarang ni..Budak ni pun nampak macam baik je..Boleh la share dengan dia..mane la tau kot-kot dia boleh tolong aku ke..'

"Ok lah..aku cerita kat kau..tapi kau mesti janji dengan aku yang kau tak gelak kan aku nanti.."

"Baiklah..Tasnim janji"..

"Aku baru putus dengan boyfriend aku lah..Siot punya jantan..ada ke patut dia cakap aku ni macam tomboy..tak pandai nak solek-solek macam awek kawan-kawan dia yang lain..tak pandai nak pakai skirt, baju-baju yang macam perempuan dan dia cakap aku kolot sebab aku pakai tudung..Terbakor je aku rasa..Nasib baik lah aku dapat kawal emosi aku tadi..kalau tak free-free je aku campak dia mandi kat tasik ni hah.."

"Alhamdulillah..bagus lah kalau macam tu"..sambil tersenyum Tasnim memandang Insyirah..

"Kenapa kau cakap Alhamdulillah pulak..Ohh..kau suka la aku putus dengan boyfriend aku ye..Aku ingatkan kau dapat bantu..rupanya kau tak bantu aku sikit pun" luah Insyirah hampa..

Nafas ditarik Tasnim dalam-dalam sebelum memulakan bicara..nampaknya Tasnim tak boleh silap langkah..Api yang marak patut dipadamkan dengan air..'Bismillahirrahmanirrahim'..lafaz Tasnim di dalam hati..

"Maafkan Tasnim andai membuat Insyirah berkecil hati..secara jujurnya bukan niat Tasnim untuk mengecilkan hati Insyirah. Tasnim melafazkan kata syukur kerana Insyirah orang yang dipilih oleh Allah untuk menghadapi pengalaman yang tak semua orang akan rasa apa yang Insyirah hadapi sekarang. Pernah tak Insyirah terfikir kenapa Allah takdirkan Insyirah putus dengan boyfriend Insyirah tu? "

"Entah. Aku tak pernah fikir pun" Sambil lewa Insyirah menjawab pertanyaan Tasnim.

"Sebab Allah sayangkan Insyirah.."

"Kalau betul Allah sayang aku, kenapa DIA takdirkan aku putus dengan boyfriend aku..patutnya DIA kena biar aku bahagia dengan kekasih aku tu"

"Insyirah akan bahagia. Tapi bukan dengan boyfriend Insyirah..tapi dengan Allah. Sebab tu lah Allah putuskan  hubungan Insyirah dengan boyfriend Insyirah tu. Allah nak Insyirah jalinkan hubungan yang kuat dengan Allah. dan Allah akan beri sesuatu yang lebih baik dari apa yang Insyirah ada sekarang"

"Macam mana tu? Aku tak paham lah.."

"Tadi Insyirah cakap pada Tasnim yang boyfriend Insyirah cakap pakai tudung ni kolot kan? Kenapa Insyirah masih pertahankan tudung Insyirah? Kenapa tak bukak je tudung tu dan ikut cakap kekasih Insyirah tu?"

" Sungguh pun aku ni tak alim macam kau, tapi aku tahu lah yang kita wajib pakai tudung, wajib tutup aurat. Buat apa aku nak ikut cakap boyfriend aku tu, dia tak ada hak pun nak tentukan jalan hidup aku dan belum tentu dia tu jadi suami aku nanti"

"Jadi sekarang Insyirah nampak tak yang Allah tak nak biarkan Insyirah berkawan dengan orang yang boleh merosakkan Insyirah. Cuba Insyirah bayangkan, seandainya Insyirah masih berkawan dengan dia, kemungkinan dia akan memujuk Insyirah untuk menanggalkan tudung dan mungkin menyerahkan maruah Insyirah pada dia. Alhamdulillah Allah sangat sayangkan Insyirah dan menyelamatkan Insyirah dari menjadi mangsa kata-kata manis si lelaki ini."

"Ok..aku terima pendapat kau..memang betul pun dia tu bukannya baik sangat, tapi aku pun tak tahu kenapa aku boleh couple dengan dia..haha..aku rasa macam lapang sekarang dapat luahkan rasa tak puas hati aku pada kau dan dapat tazkirah free dari kau.."

"Alhamdulillah..segala yang baik itu datangnya dari Allah..Tasnim pun seronok dapat berkenalan dengan Insyirah. Tasnim harap dapat duduk bersama dengan Insyirah lagi lepas ni. Tapi tak tahu lah bila lagi kita dapat jumpa. Tapi tak pe..yakinlah dengan ALLAH...kalau ada jodoh kita jumpa  lagi..Ok lah Insyirah. Dah nak maghrib ni. Tasnim kena balik rumah. Ada jodoh kita jumpa lagi ye. Assalamualaikum"

"Wa'alaikumussalam.."

*******************************

'Tasnim Syafika..aku harap dapat jumpa kau lagi'


~~To be continued~~

No comments:

Post a Comment